Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

Filem mula perbincangan isu sosio-agama

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Filem mula perbincangan isu sosio-agama

Aug 14, 2022 | 05:30 AM

FILEM bukan sahaja boleh menghibur penonton tetapi boleh menjadi permulaan bagi dialog dan perbincangan tentang isu sosio-agama yang menjejas kehidupan harian masyarakat.

Filem Singapura lakonan pasangan anak-beranak Cef Siti Mastura Alwi dan Cef Sarah Ariffin, Not My Mother's Baking, sebagai contoh telah ditayangkan sebagai sebahagian daripada siri Tick Talks Pusat Harmoni (HA), semalam.

Siri Tick Talks HA menghimpunkan wakil setiap agama serta pakar untuk membincangkan isu sosio-agama kontemporari yang menjejas kehidupan harian masyarakat setempat.

Selepas tayangan filem di Filmgarde @ Leisure Park Kallang di Kallang Leisure Park itu, sekitar 120 orang yang hadir turut menyertai satu sesi perbincangan bersama panel yang dianggotai penerbit eksekutif filem itu, Encik Ho Pak Kin; pelakon filem itu, Cef Siti Mastura; kaunselor, Dr Chua Wei Bin; dan eksekutif kreatif kanan SGAG, Cik Syafiqa Mohamed Noor.

Perbincangan panel itu turut disertai moderator, Ustazah Marhamah Senewi.

Acara itu juga merupakan sempena pelancaran siri Tick Talks HA tahun ini dengan tema "Are We Crossing the Line? Finding your voice on the issues of race, faith, and relationships in Singapore" (Adakah kami melampaui batasan? Mencari suara anda dalam isu kaum, agama dan hubungan di Singapura).

Ketua HA, Ustazah Liyana Rosli Asmara, berkata mereka ingin mengambil pendekatan pendidikan bertanggungjawab, dengan memberi ruang kepada orang ramai untuk membincangkan senario atau babak tertentu dalam filem serta kesannya selepas menonton filem tersebut.

Tambahnya, ini amat bermanfaat kerana orang ramai dapat menggambarkan situasi tersebut dan mengambilnya sebagai permulaan bagi perbincangan.

"Kami menyedari bahawa individu berbeza mempunyai cara berbeza untuk mengadakan perbincangan.

"Oleh itu, menggunakan wadah yang boleh membantu orang ramai berbincang juga amat bermanfaat kerana mereka boleh menggambarkan senario tertentu dan kemudian merenungkannya," ujar beliau.

Filem Not My Mother's Baking mengisahkan Sarah (lakonan Cef Sarah), seorang cef muda yang sering rasa kecil apabila berdiri di sebelah ibunya, Cef Mastura, yang sudah terkenal dan berpengaruh.

Untuk membuktikan beliau mampu mencipta nama sendiri, beliau mendapatkan bantuan pengarah video berbangsa Cina, Edwin (lakonan Kaydash Cheung), untuk menghasilkan vlog memasak.

Hubungan mereka yang bermula dengan banyak salah faham tentang budaya dan adat, akhirnya tertunas bibit-bibit cinta.

Namun, perkahwinan yang dirancang tidak begitu mudah kerana latar belakang yang berbeza, lebih-lebih lagi Edwin merupakan anak tauke babi panggang.

Menurut pengarah dan penulis filem itu, Encik Remi M Sali, filem itu mempunyai banyak mesej yang terselindung.

"Kami berharap penonton dapat mengenal pastinya semasa menonton filem ini.

"Apabila kami diberi peluang ini untuk bekerjasama dengan HA untuk mengadakan perbincangan terus-terang selepas tayangan filem ini, ini sesuatu yang tidak dapat kami bayangkan sebelum ini," ujar beliau.

Bagi Encik Ho, langkah menyampaikan isu seperti ini menerusi komedi romantik menjadikannya lebih mudah diterima orang ramai.

"Ini permulaan baik bagi dialog dan perbincangan," ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3