Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Filem setempat, Not My Mother's Baking dinobat di pesta filem Italy

Oct 04, 2021 | 05:30 AM



FILEM Singapura lakonan pasangan anak-beranak Cef Siti Mastura Alwi dan Cef Sarah Ariffin, Not My Mother's Baking telah mencuri hati juri di Festival Filem Agama Hari Ini di Trento, Italy.



Filem itu memenangi Juri Khas Silang Agama dengan pengiktirafan "Anugerah Agama menerusi Kaca Mata Wanita."



Diterbitkan oleh Studio59 Concepts, filem itu juga dicalonkan bagi kategori juri khas, Anugerah Tatapan Baru (New Gazes Award).



Penerbit Ho Pak Kin berkata: "Kami sangat berbesar hati kerana Festival Agama Hari ini di Italy mengiktiraf kehidupan bersilang agama dan harmoni kaum dalam masyarakat kita."



Cef Siti Mastura, ketika dihubungi Berita Harian berkata: "Saya sangat berbangga kerana filem ini menang dengan pengiktirafan dan kami seperti mewakili suara-suara kaum wanita Singapura dalam membuat pilihan hidup dan memenuhi impian."



Menurut laman penganjur festival itu, sebanyak 83 filem dari 36 negara berlainan telah dipertandingkan dalam kategori itu, dipilih daripada 1,400 penyertaan.



Pengarah filem, Remi Sali yang menerima berita kemenangan itu kelmarin berkata filem, Not My Mother's Baking mengandungi mesej sejagat dalam menyentuh aspek meneguh pendirian hidup, mencari kasih sayang dan penerimaan.



"Pada masa yang sama kami mahukan sebuah filem yang lantang namun menjaga kehormatan dan memperkasa wanita."



Filem setempat yang menggabungkan pelakon Cina dan Melayu dan menggunakan adunan bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris itu sebelum ini telah terpilih sebagai sebahagian program Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-31 yang berlangsung dari 26 November hingga 6 Disember.



Not My Mother's Baking, kata pengarah yang mempunyai pengalaman 20 tahun itu, ditujukan kepada masyarakat Melayu/Islam dan bukan Islam, terutama mereka yang sering keliru antara bangsa, agama dengan budaya.



Ia berkisar tentang Sarah (lakonan Cef Sarah), seorang cef muda yang sering rasa 'kerdil' apabila berdiri di sebelah ibunya, Cef Mastura, yang sudah terkenal dan berpengaruh.



Untuk membuktikan dia mampu mencipta nama sendiri, dia mendapatkan bantuan pengarah video berbangsa Cina, Edwin (lakonan Kaydash Cheung) untuk menghasilkan vlog memasak.



Hubungan mereka yang bermula dengan banyak salah faham tentang budaya dan adat, akhirnya tertunas bibit-bibit cinta.



Namun perkahwinan yang dirancang tidak begitu mudah kerana latar bekalang yang berbeza dan peka lebih-lebih lagi Edwin merupakan anak tauke babi panggang.



Pembuat filem itu juga teruja untuk berkongsi filem Singapura itu. Ia akan turut dipamerkan di Singapore Pavilion, World Expo di Dubai pada 12 Oktober ini.



Personaliti televisyen, Zack Zainal (berlakon sebagai suami Mastura) dan anaknya, Benjamin, telah diterbang dari Dubai untuk penggambaran, juga berjaya menunjukkan lakonan bersahaja dan lucu.



Turut berlakon dalam filem ini ialah Asraf Amin, Al Hafiz Sanusi, Maya Jalil, Vincent Tee, Christina Hon dan Lim Mei Fen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >