Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma Jerman buka hab digitalisasi, kemampanan di SG

Bukti tahap keyakinan syarikat terhadap S'pura serta prospek rantau ini: DPM Heng
Sep 09, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT ujian dan pensijilan Jerman TUV SUD membuka hab serantau di Singapura dengan pelaburan $100 juta, mewujudkan 50 pekerjaan baru dalam kejuruteraan dan keselamatan siber.



Kemudahan di Jurong East itu merupakan yang pertama direka dan dibina syarikat itu di luar Jerman, serta pelaburan hartanah utamanya yang pertama di luar ibu pejabat Jermannya.



Ini menunjukkan tahap keyakinan syarikat itu terhadap Singapura serta prospek di rantau ini, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat di pembukaan rasmi kemudahan itu di Taman Perniagaan Antarabangsa (IBP) semalam.



"Saya menantikan (sumbangan) hab serantau baru ini dalam menambah kerancakan Singapura sebagai pusat perniagaan dan inovasi global.



"Pelaburan terbaru ini satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama jangka panjang TUV SUD dengan Singapura," kata Encik Heng dalam majlis pelancaran yang diadakan secara hibrid itu.



Kemudahan tujuh tingkat itu menempatkan pejabat serta 60 makmal bagi usaha penyelidikan dan pengembangan (R&D).



Kemudahan terbaru itu akan menyediakan wadah bagi kerjasama dalam bidang pertumbuhan baru, khususnya dalam bidang digital dan kemampanan, kata Encik Heng.



Dalam bidang digital, TUV SUD bersama beberapa rakan korporat akan menganggotai Jawatankuasa Kepercayaan Digital, yang ditugaskan persatuan dagang SGTech.



Jawatankuasa itu akan menerajui inisiatif mengenai kepercayaan digital, termasuk menubuhkan piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.



Untuk membimbing tugas jawatankuasa itu, satu Majlis Kepercayaan Digital akan ditubuhkan secara berasingan, dan dianggotai pemimpin perniagaan, dengan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, sebagai penaung.



TUV SUD kali pertama membuat pelaburan di Singapura pada 2006 apabila ia memperoleh PSB Group. Pelaburan awal itu juga pelaburan utama pertamanya di Asia.



Pada 2016, syarikat itu melaburkan $40 juta untuk membina sebuah pusat membangun teknologi dan bakat digital bagi menyokong inisiatif Bandar Bijak Singapura. Pusat itu kini ditempatkan di hab barunya di Jurong East itu.



Pengerusi lembaga pengurusan TUV SUD, Dr Axel Stepken, berkata pelaburan terbaru $100 juta itu pula akan mendorong usaha syarikat itu dalam bidang digitalisasi dan kemampanan.



"Singapura dan Jerman adalah dua negara yang secara aktif membentuk masa depan dengan teknologi inovatif dan huraian yang direka untuk memberi manfaat kepada orang ramai dan sekitaran.



"Kami yakin pelaburan digital yang boleh memberi kesan sekitaran positif dan prestasi perniagaan lebih baik adalah formula berkesan bagi meningkatkan projek digitalisasi dan kemampanan," katanya semasa berucap di majlis sama itu.



Semalam, TUV SUD dan ComfortDelgro Engineering juga mengumumkan satu kerjasama untuk membangun satu program latihan yang bertujuan meningkatkan kemahiran teknisyen automotif untuk mengendali dengan selamat sistem voltan tinggi dalam kenderaan elektrik dan hibrid.



Laporan lanjut: 60 makmal di hab baru TUV SUD




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >