Firma nilai industri pelancongan halal teroka pasaran Korea S
Premium
Firma nilai industri pelancongan halal teroka pasaran Korea S
Feb 18, 2015 | 5:30 AM
BERKONGSI KISAH: Encik Fazal Bahardeen (kiri) bersama beberapa pemilik firma lain berkongsi pengalaman dibantu IE Singapore hingga membolehkan mereka meluaskan perniagaan ke luar negara. Di sebelahnya ialah (dari kiri) Pengarah Urusan The Cyclect Group, Encik Melvin Tan; Encik Teo Eng Cheong; dan Pengasas Love, Bonito, Cik Viola Tan dan Cik Rachel Lim. - Foto IE SINGAPORE -
FIRMA penilaian mesra halal industri pelancongan Singapura, Crescentrating Pte Ltd, sedang meneroka pasaran Korea Selatan menyusuli kejayaannya menembusi Jepun dengan bantuan International Enterprise (IE) Singapore.
Pengasas Crescentrating, Encik Fazal Bahardeen, berkata syarikat itu dalam proses perundingan dengan beberapa agensi pemerintah dan syarikat di Korea Selatan tentang beberapa peluang perniagaan di negara itu.

