Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma Singapura uruskan 6,000 kambing bagi ibadah korban di lima negara

Jul 21, 2021 | 08:55 PM



MESKIPUN dalam krisis pandemik Covid-19, semangat menjalankan ibadah korban amat menyerlah dalam kalangan masyarakat serantau.



Syarikat penternak kambing milik usahawan Singapura, Aliyah Rizq Farm yang mempunyai ladang di Malaysia dan Indonesia, telah mendapat tempahan bagi menjalankan ibadah korban bagi 6,000 kambing tahun ini, jauh melebihi 500 kambing yang dikorbankan tahun lalu, kata pengasasnya Encik Mohamad Nor Ashraf Abu Bakar.



Sekitar 70 peratus dari tempahan itu diterima dari masyarakat Islam di Singapura, dan baki dari masyarakat Islam di Malaysia, Indonesia dan Brunei.



"Semasa Covid-19 ini, masyarakat melihat orang yang susah dan mengambil peluang ini untuk menjalankan ibadah agar ia dapat diberikan kepada golongan yang memerlukan. Kami amat bangga dengan sifat murah hati warga Singapura bagi membantu golongan yang memerlukan di negara-negara lain. Kami juga mendapat orang bukan Islam yang membeli kambing bagi mendermakan daging kepada orang miskin,'' kata Encik Ashraf, 33 tahun.



Selain menguruskan ibadah korban di Malaysia dan Indonesia, beliau juga menguruskan korban di Yaman, Palestin dan Australia di ladang-ladang milik rakan-rakannya. Bergantung kepada negara, kambing itu diletakkan harga dari $180 ke $370.



Anak Singapura itu baru pulang dari Indonesia sebelum Hari Raya Haji bagi menguruskan operasi korban di sana.



Beliau, isterinya, Cik Nabilah Adnan Bagarib, dan keluarganya mula melabur dalam sebuah ladang di Desaru pada 2017.



Nama Aliyah Rizq, sempena nama ibu mentuanya, Cik Siti Alawiyah, bermaksud bentuk rezeki yang terbaik untuk keluarga itu. Ladang di Desaru yang seluas 25 ekar (sekitar 19 ladang bola) dibentuk dengan pelaburan lebih $1 juta sejak beberapa tahun lalu.



Beliau juga memiliki ladang di Sumatera, Indonesia seluas 10 ekar. Ladang-ladang itu digunakan bagi menternak kambing bagi didagangkan, dieksport serta memenuhi keperluan aqiqah dan korban.



Ladang mereka juga mempunyai kuda, ayam dan ayam belanda. Bagi mempelajari cara ternakan kambing ini, anak muda itu menyerantau di negeri-negeri di Malaysia seperti Kelantan dan Melaka bagi mendapatkan ilmu daripada penternak mapan yang tidak lokek mengongsi petua lama dalam menternak kambing.



Tahun depan, anak muda itu merancang meluaskan lagi ladangnya sebanyak lagi 25 ekar di Malaysia dan lima ekar di Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >