Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma teknologi Sea derma $50j pada NUS bagi penyelidikan, pendidikan pengkomputeran

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT teknologi yang dibangunkan di Singapura, Sea, yang memiliki platform dagang Shopee dan pembangun permainan Garena, telah menderma $50 juta kepada Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi penyelidikan dan pendidikan dalam bidang pengkomputeran.



Ia hadiah korporat terbesar yang diterima NUS sejauh ini.



Dana itu akan disalurkan ke Sekolah Pengkomputeran, yang mempunyai sekitar 4,200 mahasiswa dan 1,020 pelajar Doktor Falsafah dan sarjana.



Presiden NUS Tan Eng Chye berkata di majlis penandatanganan derma itu semalam sumbangan tersebut akan menyokong kerja NUS dalam penyelidikan dan pendidikan dalam bidang kritikal dan pesat berkembang seperti kecerdasan buatan dan sains data.



Ia juga boleh digunakan bagi merekrut dan membangunkan bakal akademik dan penyelidikan menerusi biasiswa bagi mahasiswa dan pelajar possiswazah, zamil penyelidikan dan pembangunan profesional.



Inisiatif lain yang akan disokong hadiah itu geran bagi projek keusahawanan dan program bantuan, kata Profesor Tan.



Encik Forest Li, pengasas dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Sea, berkata sumbangan itu juga menandakan kerjasama jangka panjang lebih kukuh antara Sea dan NUS.




"Akademik dan industri adalah rakan kongsi kuat. Bersama-sama, kita dapat mengubah pengetahuan mendalam dan penyelidikan eksperimental menjadi huraian praktikal dan berskala yang dapat mempertingkat seluruh masyarakat.
- Encik Forrest Li, pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sea.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >