Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FoodPlant bernilai $13j bantu firma tempatan bangun produk makanan baru dan inovatif

Apr 22, 2022 | 06:49 PM



SEBUAH kilang berkongsi pembuatan makanan kumpulan kecil yang pertama di Singapura telah dilancarkan pada Jumaat (22 April), dengan ia dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 200 pengilang makanan dan menyokong pembangunan 400 produk makanan baru menjelang 2026.



Kilang FoodPlant bernilai $13 juta itu bertujuan melengkapi syarikat tempatan dengan keupayaan dipertingkat untuk membangunkan produk makanan baru dan inovatif dalam memenuhi pilihan pengguna yang berkembang.



Ini akan dilakukan dengan menyediakan akses yang boleh dimampui kepada pelbagai peralatan tahap perintis, khidmat konsultasi penyelidikan dan pembangunan (R&D), dan kursus peningkatan kemahiran.



Terletak di JTC Food Hub @ Senoko, kilang seluas 1,107 meter persegi itu dilancarkan bersama oleh Institut Teknologi Singapura (SIT), Enterprise Singapore (ESG) dan JTC.



Kilang FoodPlant itu mempunyai lesen oleh Agensi Makanan Singapura (SFA), yang membolehkan produk makanan yang dibuat di kilang itu dijual secara komersial.



Di kilang tersebut, syarikat makanan boleh menghasilkan produk baru dalam jumlah yang kecil dan menjualnya kepada pelanggan bagi melakukan ujian pasaran, dan mendapatkan maklum balas pada peringkat awal untuk mempertajam proses pembangunan produk mereka.



Berucap pada majlis pelancaran kilang itu semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata dengan menyediakan sebuah rangkaian kemudahan berkongsi, ia akan membantu syarikat meringkaskan kitaran inovasi dan menjual produk dalam pasaran dengan lebih pantas.



Beliau menambah bahawa syarikat dalam tahap pertumbuhan yang berlainan menghadapi pelbagia cabaran dalam perjalanan inovasi makanan mereka.



“Syarikat start-up dan firma kecil dan sederhana (SME) sering menghadapi hambatan seperti kekurangan kemudahan, peralatan yang mahal, kos peluang yang tinggi dan syarat tempahan minimum yang tinggi daripada pengilang penyumberan luar apabila mengkomersialkan produk baru selepas R&D.



“Bagi syarikat lebih besar dan syarikat berbilang negara (MNC), sukar bagi mereka menghentikan sahaja alur pengeluaran sedia ada untuk menguji produk baru.



“Oleh itu, pelancaran FoodPlant hari ini akan memberi rangsangan penting kepada landskap inovasi makanan kita,” kata Encik Heng




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >