Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Gaji Iswaran dipotong kepada $8,500 semasa siasatan CPIB: PM Lee

Aug 02, 2023 | 07:58 PM



Gaji Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, telah dipotong kepada $8,500 sebulan dan beliau dilarang menjalankan tugas sedang siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) yang melibatkannya dijalankan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Dalam kenyataan menteri yang disampaikan di Parlimen pada Rabu, Encik Lee berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah mempertimbangkan amalan perkhidmatan awam.

“Insiden sebegini yang melibatkan menteri jarang berlaku dan tidak ada peraturan atau panduan tentang cara melaksanakan larangan ke atas Pemegang Jawatan Politik.

“Oleh itu, saya menggunakan amalan semasa perkhidmatan awam sebagai rujukan.

“Tapi, ini keputusan saya sebagai Perdana Menteri kerana konteks politik bagi menteri dan pegawai perkhidmatan awam yang disiasat dan diarah tidak bertugas adalah berbeza,” jelas Encik Lee.

Beberapa Anggota Parlimen (AP) telah mengajukan soalan berkenaan siasatan CPIB ke atas Encik Iswaran, termasuk Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) yang bertanya mengapa Encik Iswaran masih mendapat gaji sebanyak $8,500 meskipun beliau tidak melakukan sebarang tugas dalam tempoh ini.

Encik Lee berkata seperti mana-mana individu lain, Encik Iswaran mesti dianggap tidak bersalah sehingga terdapat bukti bahawa beliau telah melakukan kesalahan.

Amalan dalam perkhidmatan awam dalam situasi sedemikian ialah orang itu dilarang bekerja dan dikenakan separuh gaji, kata Encik Lee.

“Jika anda, akhirnya, tidak bersalah… gaji anda dikembalikan semula kepada anda dan dibayar,” tambahnya.

“Jika kemudiannya, anda didapati bersalah… gaji anda akan berhenti sepenuhnya dan akibat lain akan menyusul. Saya fikir itu adalah model yang munasabah untuk diikuti,” ulas Encik Lee.

Dalam pada itu, menjawab soalan yang diajukan Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) tentang perbezaan antara penyiasatan ‘tidak formal dan senyap’ dan penyiasatan rasmi, Encik Lee berkata dalam siasatan yang tidak formal, CPIB tidak menggunakan semua kuasanya.

Ini bermakna CPIB tidak menangkap orang dan menemu bual mereka secara rasmi tetapi ia membuat pertanyaan dan meminta maklumat, tetapi tidak menangkap dan memaksa seseorang untuk menjawab soalannya.

Di bawah Akta Pencegahan Rasuah, memberikan jawapan palsu kepada CPIB adalah satu jenayah.

“Jadi bila anda terlibat dalam siasatan rasmi, titik peralihan itu telah dilalui, dan sebab (CPIB) perlu membuat siasatan rasmi ialah kerana mereka sudah sampai ke tahap di mana mereka perlu menemu bual pihak utama yang terlibat, iaitu Encik Iswaran,” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >