Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji pekerja pendapatan rendah terjejas jika warga harap harga terus rendah: Zaqy

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura perlu sedar jika mereka terus mengharap harga domestik rendah bagi barang dan perkhidmatan, ia boleh menjejas gaji ramai pekerja berpendapatan rendah yang mungkin tidak akan dapat melihat kenaikan gaji, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Ini berlaku sebelum ini dalam beberapa sektor domestik, seperti pembersihan, keselamatan dan landskap, dengan pekerja bergaji rendah mereka tidak melihat kenaikan gaji bertahun-tahun sebelum Model Gaji Progresif (PWM) diperkenal.



PWM - yang membantu meningkatkan gaji pekerja melalui peningkatan kemahiran dan produktiviti - diperkenal pada 2012 dan kini dilaksana di sektor pembersihan, keselamatan, landskap, lif dan tangga bergerak, dan runcit.



Model itu diperluas sejak 1 September bagi merangkumi pekerja pembersihan, keselamatan dan landskap bukan dari sumber luar.



"Dalam kebanyakan sektor yang kami teliti, ia biasanya sektor gaji tertekan dan kebanyakannya sektor domestik, di mana gaji tidak meningkat.



"Namun, sebahagian besarnya juga kerana daripada perspektif pasaran, sukar menaikkan kos ke atas penduduk tempatan. Oleh itu, anda perlu membuat rakyat Singapura peka bahawa apabila kita mengharap harga domestik rendah, ada kesan ke atas gaji ramai pekerja tempatan dalam sektor itu.



"Oleh itu, ia (langkah gaji progresif) bertujuan membantu meningkatkan gaji pekerja dengan masa, dan pada masa sama, mengajak perniagaan memikirkan semula model perniagaan mereka untuk melihat cara membina produktiviti," kata beliau.



Encik Zaqy berkata demikian ketika ditemui media semasa lawatannya ke syarikat Radha Exports di Pioneer Road semalam bersama Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Memberi contoh, Encik Zaqy berkata sejak PWM dilaksana dalam sektor keselamatan pada 2016, pekerja sektor itu dapat menikmati kenaikan gaji setiap tahun, dengan pegawai keselamatan pangkat terendah akan membawa pulang gaji sekurang-kurangnya $3,530 sebulan menjelang 2028.



Selain itu, pegawai keselamatan berpeluang meningkatkan dan menimba kemahiran baru, seperti memanfaatkan sensor teknologi dan kamera litar tertutup, di tapak kerja.



Seiring peningkatan kemahiran pekerja, syarikat telah menyemak model perniagaan mereka dan menjalani transformasi untuk mendakap teknologi agar dapat membayar gaji lebih tinggi kepada pekerja dan pada masa sama, meningkatkan saranan nilai mereka dalam pasaran, kata Encik Zaqy.



"Oleh itu, ia bukan hanya mengenai gaji tetapi bagaimana syarikat juga perlu membuat penyusunan semula dan memikirkan semula model perniagaan dan sekitaran kerja mereka untuk menarik bakat.



"Contohnya, jika kita lihat pada sektor keselamatan, kini anda lihat lebih ramai warga tempatan, dan juga mereka yang lebih muda, memasuki sektor itu," katanya.




"Namun, sebahagian besarnya (gaji tidak meningkat) juga kerana daripada perspektif pasaran, sukar menaikkan kos ke atas penduduk tempatan. Oleh itu, anda perlu membuat rakyat Singapura peka bahawa apabila kita mengharap harga domestik rendah, ada kesan ke atas gaji ramai pekerja tempatan dalam sektor itu.
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >