Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji progresif, kerjaya lebih menarik bagi teknisyen tangga bergerak

Pemerintah terima usul perluas PWM, dengan gaji asas naik setiap tahun sepanjang 2023-2028
Jul 17, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA penyenggaraan tangga bergerak boleh menjangka peningkatan gaji lebih progresif dan laluan kerjaya lebih menarik.



Ini setelah pemerintah menerima saranan yang dibuat oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Life dan Tangga Bergerak (TCLE) agar diluaskan Model Gaji Progresif (PWM) Lif bagi meliputi pekerja penyenggaraan lif bergerak.



Saranan TCLE termasuk bonus tahunan wajib dan jadual kenaikan gaji sepanjang enam tahun, dengan gaji asas bagi semua peringkat pekerjaan tumbuh setiap tahunan, dari 2023 hingga 2028.



Misalnya, gaji asas penolong pakar lif dan tangga bergerak - peringkat pekerjaan terendah - akan meningkat kepada $2,075 sebulan pada 2023, daripada $1,850 sebulan pada 2022.



Langkah ini akan bermanfaat bagi sekitar 1,300 warga dan Penduduk Tetap (PR) yang bekerja sebagai teknisyen dalam industri itu.



Sekitar 44 peratus daripada mereka berusia 50 tahun ke atas. Terdapat 3,050 teknisyen dalam industri itu, yang menyelenggara 70,000 lif dan 7,000 tangga bergerak di negara ini.



Bercakap kepada media selepas satu lawatan ke bangunan JTC Summit di Jurong East, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan) Zaqy Mohamad berkata penerimaan saranan itu adalah satu lagi langkah signifikan dalam usaha pemerintah meningkatkan gaji pekerja rendah dan merupakan satu perkembangan penting bagi pekerja.



Encik Zaqy berharap perubahan itu akan menarik lebih ramai lulusan politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



"Dalam masa beberapa tahun mendatang, anda akan melihat kenaikan ketara dari segi gaji asas dan industri ini akan menyediakan kerjaya lebih bermakna, khususnya dengan penggunaan teknologi lebih tinggi pada hari ini, seperti kecerdasan buatan, analitik mahupun teknologi pengesan, dalam kehidupan harian kita," ujar beliau.



Encik Zaqy menambah bahawa dalam menarik bakat muda, selain semakan gaji dan peningkatan sekitaran kerja, cara memasarkan pekerjaan dalam industri itu perlu diteliti semula.



Dalam laporan yang dibentangkan, jawatankuasa TCLE - diketuai penolong setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari - berkata sekitar separuh tenaga kerja penyenggaraan lif dan tangga bergerak akan bersara dalam dekad mendatang, maka usaha menarik bakat muda penting bagi mengatasi sebarang kekurangan pekerja.



Oleh itu, menetapkan jadual kenaikan gaji PWM selama enam tahun akan membentangkan laluan kerjaya dan kenaikan gaji jelas untuk pekerja, kata jawatankuasa itu.



Sementara itu, laporan tersebut menggesa pemerintah menimbangkan menyediakan sokongan gaji peralihan bagi membolehkan industri menurunkan kos buruh, jika pembeli khidmat tidak mahu merundingkan semula kontrak sedia ada dan mengambil kira gaji lebih tinggi itu.



Ia turut menyeru pemerintah agar menangguhkan sebarang penyesuaian pada Had Nisbah Pergantungan (DRC), memandangkan industri itu terjejas oleh kemasukan pekerja asing yang terbatas.



Encik Zaqy berkata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan meneliti kededua saranan itu.



"Kami faham bahawa pasaran dan ekonomi terjejas, jadi dalam meluaskan PWM ke lebih banyak sektor, kami akan meneliti cara menolong majikan menyerap gaji lebih tinggi dan melaksana PWM secara menyeluruh serta pada jangka masa singkat," kata beliau, sambil menambah bahawa MOM sering menyemak semula DRC dan menimbangkan keadaan ekonomi.



Dalam satu sidang media berasingan, Encik Zainal berkata seperti banyak pekerja khidmat penting lain, pekerja industri itu mempunyai kemahiran khusus dalam memastikan semua lif dan tangga bergerak berjalan lancar.



"Maka, nilai kerja penyenggaraan lif dan tangga bergerak harus diberi pengiktirafan sewajarnya," kata beliau.



Encik Zainal menambah bahawa permintaan juga akan meningkat dengan lebih banyak bangunan pencakar langit dibina dan penekanan pada aksesibiliti.




"Dalam masa beberapa tahun mendatang, anda akan melihat kenaikan ketara dari segi gaji asas dan industri (penyenggaraan lif bergerak) akan menyediakan kerjaya lebih bermakna, khususnya dengan penggunaan teknologi lebih tinggi pada hari ini, seperti kecerdasan buatan, analitik mahupun teknologi pengesan dalam kehidupan harian kita."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), mengenai kesan meluaskan Model Gaji Progresif (PWM) Lif bagi meliputi pekerja penyenggaraan lif bergerak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >