Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galas tugas pastikan ujian PCR tepat demi bendung wabak Covid-19

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN lelah berbulan-bulan 'berdepan' dengan koronavirus Covid-19, Cik Siti Zulaina Md Said tidak pernah terfikir berputus asa.



Malah, ahli teknologi perubatan kanan yang berkhidmat dengan Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL), Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID) itu sedar beliau harus terus berjuang.



"Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kerana kami mengetahui betapa pentingnya keputusan yang tepat pada masanya dan tepat dalam pengurusan wabak di Singapura," katanya.



Cik Zulaina mengetuai pasukan yang melakukan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) Covid-19 bagi mengesan virus tersebut di NPHL.



Mereka mendiagnosis dan mengesahkan jangkitan Covid-19, dan menyokong siasatan wabak serta pengawasan pada populasi sasaran.



Baru-baru ini, usaha Cik Zulaina sebagai pegawai barisan hadapan itu diiktiraf Menteri Kewangan Lawrence Wong yang telah memuji beliau dalam kenyataan kementeriannya di parlimen.



Encik Wong juga merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19.



Dihubungi Berita Harian, Cik Zulaina berkata, beliau dan pasukannya terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan pada kerja seharian mereka disebabkan pembentukan pasukan-pasukan bagi menangani pandemik ini.



Mereka bekerja syif untuk melakukan ujian Covid-19.



Semestinya, tugas dan tanggungjawabnya itu memenatkan, bukan sahaja dari segi fizikal, malah dari segi mental juga.



Namun, Cik Zulaina mengatasi keletihan itu kerana beliau "tahu kepentingan sumbangan kami kepada negara dalam memastikan semua orang, terutama kenalan rapat, selamat".



Sokongan yang tidak pernah putus daripada anggota keluarga, rakan dan rakan setugasnya juga banyak membantu.



"Saya juga menyibukkan diri dengan hobi-hobi saya.



"Baru-baru ini saya suka menjaga tanaman, cuba membakar kuih dan juga mengambil gambar pada hari-hari rehat untuk kembali bertenaga dan memastikan kesejahteraan mental saya terjaga," tambahnya.



Ditanya perasaannya apabila keadaan Covid-19 tiba-tiba memburuk baru-baru ini setelah sekian lama beliau berusaha bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawabnya, Cik Zulaina berkata:



"Saya sebenarnya tidak sabar bagi keadaan kembali normal dan dapat menghadiri perjumpaan dengan keluarga, saudara dan rakan-rakan; bertugas pada waktu kerja yang normal dan melakukan tugas makmal yang tiada kaitan dengan Covid-19 yang saya terlibat sebelum pandemik ini.



"Namun, saya yakin ada kebaikan di akhir semua ini dan dengan kerjasama semua orang, kita akan mencapainya.



"Dalam pada itu, saya bertekad untuk memikul tanggungjawab dengan sebaik mungkin," tambah beliau, positif.



Kelmarin, Encik Wong memuji Cik Zulaina dan pegawai barisan hadapan lain sepertinya dengan berkata:



"Terdapat ramai lagi...wira-wira yang tidak kami kenali yang secara senyap dan tegas menyumbang kepada perjuangan kita melawan Covid-19.



"Tindakan warga-warga Singapura ini memberi inspirasi kepada kita, dan memberi kita keyakinan dan harapan agar kita dapat mengharungi (pandemik ini) bersama-sama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >