Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Gangguan seksual: Wanita perlu tahu hak undang-undang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Gangguan seksual: Wanita perlu tahu hak undang-undang

May 31, 2021 | 05:30 AM

WANITA perlu tahu hak undang-undang mereka dan diperkasa untuk mengambil tindakan jika mereka menjadi mangsa jenayah seksual, termasuk gangguan dalam talian.

Orang di sekeliling pula boleh membantu dengan memberi ruang selamat kepada mangsa meluahkan apa yang dilalui serta tidak menghukum atau meragui mangsa.

Hal ini dibincangkan dalam satu forum dalam talian semalam bertajuk 'Ini Masanya. Ketahui Hak Undang-Undang Anda', melibatkan lebih 60 peserta wanita, termasuk mangsa 'tinjauan' lucah yang tular baru-baru ini.

Acara itu dianjurkan badan bukan pemerintah (NGO) The Whitehatters dan Casa Raudha, yang menawarkan khidmat rumah tumpangan bagi mangsa keganasan keluarga.

Pengasas The Whitehatters, Cik Shahrany Hassan, berkata lebih banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu mangsa.

"Landskap guaman mungkin sesuatu perkara menakutkan bagi seseorang yang tidak biasa dengannya. Oleh itu, kami memastikan penjelasan mudah bagi orang awam memahaminya," kata Cik Shahrany.

Forum itu menerangkan cara membuat laporan polis - termasuk secara dalam talian - proses prosiding jenayah serta tindakan sivil sebagai satu langkah alternatif.

Dalam forum itu, peguam Cik Nur Liyana Mohamed Sinwan, 31 tahun, daripada K&L Gates Straits Law berkata: "Jika anda memutuskan ambil tindakan, penting bagi anda membuat laporan polis secepat mungkin. Ini bukan sahaja bermakna polis boleh ambil tindakan awal, tetapi agar apa yang boleh anda katakan untuk bantu siasatan, ia lebih segar di minda."

Jika bukti bagi kes itu tidak mencukupi untuk pendakwaan di bawah prosiding jenayah, mangsa tidak perlu menunggu lama mengambil tindakan sivil, katanya.

Mereka boleh segera meminta Arahan Perlindungan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (Poha), mengambil tindakan saman ganti rugi, atau membuat pendakwaan privet menerusi Aduan Majistret.

Sama ada mangsa boleh mendedahkan insiden itu atau identiti pesalah di media sosial, seorang lagi peguam, Cik Syafiqah Ahmad Fu'ad, menasihatkan agar mangsa tidak berbuat demikian.

"Saya faham perlunya memupuk kesedaran. Jika anda mahu kongsi pengalaman anda, usah dedahkan perkara yang boleh kenal pasti pesalah atau menamakan mereka.

"Ini bukan untuk melindungi pesalah tetapi diri anda sendiri daripada tindakan diambil terhadap anda bagi kesalahan 'doxxing' di bawah Poha atau bagi saman malu," kata Cik Syafiqah, 33 tahun, daripada IRB Law.

Daripada 87 orang yang mendaftar bagi acara itu, seramai 11 berkata mereka mangsa 'tinjauan lucah' melibatkan asatizah setempat baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Casa Raudha, Cik Zaharah Ariff, pula berkata mangsa perlu didengar dan diberi ruang selamat serta diperkasa untuk mendapatkan bantuan pakar seperti kaunselor.

"Penting bagi kita untuk percaya mangsa. Anda tidak harus bersifat menghukum terhadap pengalaman mereka, atau mula mempersoal mengenai cara pemakaian mereka, contohnya. Mereka perlu tahu anda bersama mereka,' kata Cik Zaharah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3