Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan teknologi, ancaman siber antara topik perbincangan Sidang Puncak Teknologi Pertahanan SG

Oct 12, 2021 | 05:30 AM



SEDANG dunia lebih bergantung pada teknologi hari ini, serangan siber dan trend lain serupanya juga kian meningkat.



Maka adalah lebih penting Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura tahun ini bertujuan menyatukan pemimpin yang juga pakar dalam bidang teknologi untuk mengkaji bagaimana pertubuhan boleh menetapkan kedudukan mereka untuk memanfaatkan peluang teknologi dan menangani ancaman.



Berkata demikian kepada media menerusi satu sidang di dalam talian semalam, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), Encik Roy Chan, berkata sidang puncak itu bertema 'Membina Keyakinan Di Tengah-Tengah Gangguan Teknologi' tahun ini.



Encik Chan berkata sekarang adalah masa terbaik untuk mengadakan perbincangan ini sedang dunia masih berusaha memerangi pandemik Covid-19 yang telah mengubah cara orang ramai bekerja, beinteraksi dan hidup.



Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura yang akan dihadiri lebih 800 peserta termasuk pemimpin pemikir dari 23 negara tahun ini akan berlangsung secara hibrid dari hari ini hingga 15 Oktober.



Kebanyakan peserta akan mengikuti acara sidang puncak itu menerusi satu wadah dalam talian manakala 100 peserta dijangka menghadirinya secara fizikal.



Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen akan membuka tirai sidang puncak itu dengan menyampaikan ucapan hari ini manakala Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi Heng Swee Keat akan menyampaikan ucapan dasar esok.



Menurut Encik Chan, antara topik perbincangan yang akan diadakan termasuk kesan gangguan pada teknologi dan pembangunan keupayaan, ancaman pada masa akan datang serta strategi kerjasama baru di tengah-tengah gangguan.



Tambahnya, satu sesi dialog juga akan diadakan bersama Setiausaha Rendah Pertahanan bagi Penyelidikan dan Kejuruteraan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Cik Heidi Shyu dan Pengarah Pejabat Strategi dan Dasar Teknologi Kementerian Pertahanan (Mindef), Cik Elizabeth Heng.



Cik Shyu akan hadir di sidang puncak itu dalam bentuk hologram.



Mereka akan antara lain berbincang tentang gangguan teknologi serta strategi bagi inovasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >