Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembira Program Happy jaya tingkat kecerdasan di usia senja

Program Happy merangkumi Program Penuaan Aktif (AAP) kini dijalankan di 37 pusat kegiatan warga emas dan kolong blok; akan diperluas ke 130 kawasan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Nov 24, 2019 | 05:30 AM



PADA usia yang hampir menjangkau 70-an tahun, Encik Abdullah Suaib percaya waktu lapang yang ada dalam meniti alam persaraan lebih baik diluangkan dengan melakukan kegiatan bermanfaat.



Antaranya ialah dengan melakukan senaman yang bukan sahaja dapat membantu dalam kecergasan tubuh badan, malah turut mengekalkan daya minda yang kuat.



"Di peringkat ini ramai golongan lanjut usia yang mungkin terdedah dengan penyakit demensia dan lain-lain yang mampu menjejas aktiviti seharian mereka.



"Ini lebih ketara jika seseorang itu kurang aktif dan sering meluangkan masa di rumah tanpa melakukan apa-apa.



"Jadi saya lebih suka dan juga menggalak isteri dan rakan-rakan saya keluar bersenam ," kata Encik Abdullah, 67 tahun.



Lantas, selepas dipilih sebagai salah seorang daripada 10 peserta untuk menyertai program perintis Program Menggalak Penuaan Sihat Bagi Anda (Happy) di Kelab Masyarakat Bukit Panjang yang berdekatan rumahnya sekitar dua tahun lalu, datuk kepada seorang cucu itu tidak berfikir panjang.



Menerusi program Happy itu, Encik Abdullah berpendapat ia mampu membantu warga emas memperbaiki kesejahteraan minda, daya ingatan dan keupayaan melaksanakan tugasan harian



Sejak itu, beliau tidak ketinggalan mengikuti sesi latihan yang diadakan dua kali seminggu, pada setiap Isnin dan Rabu di kelab masyarakat tersebut.



Setiap sesi berlangsung selama dua jam.



"Memang program Happy ini sangat menarik dan sesuai untuk golongan usia senja seperti saya.



"Setiap sesi kami akan melakukan kegiatan berbeza yang menguji keupayaan kognitif dan jasmani dalam pada masa yang sama.



"Seperti contoh, diberikan soalan matematik ketika melakukan senaman yang mudah," ujar beliau yang bersara sekitar tiga tahun lalu.



Program Happy yang merangkumi Program Penuaan Aktif (AAP) dan merupakan hasil kerjasama Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan AIC kini dijalankan di 37 pusat kegiatan warga emas dan kolong blok.



Ia akan diperluas ke 130 kawasan dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Hasil tinjauan yang dilakukan oleh NUHS baru-baru ini terhadap mereka yang berusia 69 tahun ke atas yang lemah atau mengalami masalah hilang ingatan mendapati keadaan mereka bertambah baik selepas menyertai program tersebut.



Program itu, yang dikendalikan oleh Hospital Universiti Nasional (NUH), telah disesuaikan daripada program yang direka oleh Pusat Nasional bagi Geriatrik dan Gerontologi di Nagoya, Jepun.



Program Happy ini merupakan salah satu daripada pelbagai program penuaan aktif yang ditawarkan di Singapura.



Meskipun penyertaan Encik Abdullah dalam program itu lebih tertumpu kepada kegiatan fizikal dan kognitif bagi penuaan aktif, program tersebut juga menggalak kegiatan sosial, antara lain bengkel kesihatan warga emas, kelas memasak makanan sihat serta sesi karaoke.



Program itu juga bertujuan mendorong warga emas agar bersikap lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan mereka, seperti mengajar mereka mengambil tekanan darah sendiri.



Di samping itu, program Happy ini menggalak warga emas menjadi sukarelawan sebagai jurulatih yang memimpin senaman dan berkongsi panduan kesihatan dan pemakanan dengan warga emas lain.



Itulah yang dilakukan oleh Encik Abdullah setelah hampir dua tahun berkecimpung dalam program berkenaan.



Beliau kini menjadi antara relawan yang akan mengendalikan sesi program yang kini disertai seramai 20 orang, termasuk seorang peserta yang berusia dalam lingkungan 80-an, di kelab masyarakat tersebut



"Memang seronok dapat sertai program ini, lebih-lebih lagi apabila kita dapat berkumpul dan bergaul dengan rakan-rakan lain dari pelbagai bangsa dan agama. Menerusi program ini, ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan.



"Saya juga rasa berpuas hati dapat membantu rakan-rakan lain dan melihat mereka gembira ketika menghadiri program ini," ujarnya.



Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh lungsuri laman www.bit.ly/age-actively. Anda juga boleh hubungi talian AIC di 1800 650 6060, Isnin hingga Jumaat dari 8.30 pagi hingga 8.30 malam atau Sabtu dari 8.30pagi hingga 4 petang kecuali cuti umum.



Anda juga boleh hubungi talian 98388704 atau hantarkan e-mel kepada healthy_ageing@nuhs.edu.sg, jika anda berminat untuk sertai program Happy ini.




"Memang seronok dapat sertai program ini, lebih-lebih lagi apabila kita dapat berkumpul dan bergaul dengan rakan-rakan lain dari pelbagai bangsa dan agama. Menerusi program ini, ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan. Saya juga rasa berpuas hati dapat membantu rakan-rakan lain dan melihat mereka gembira ketika menghadiri program ini."
- Encik Abdullah Suaib.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >