Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembleng negara terima warga sindrom Down

Mar 22, 2021 | 05:30 AM



SELURUH negara perlu bersatu menerima kehadiran warga dengan sindrom Down, gesa Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-undang Edwin Tong.



Misalnya warga lain boleh berkongsi pengalaman dan ilmu yang diraih tentang sindrom tersebut kepada orang lain yang kurang memahami.



Perkongsian sebegitu boleh mempertingkat pemahaman masyarakat tentang keadaan genetik tersebut dan cabaran yang dihadapi warga sindrom Down.



Lanjutan itu, masyarakat boleh menyokong pendidikan dan latihan warga dengan sindrom Down agar mereka boleh meraih lebih banyak peluang memupuk keupayaan masing-masing.



Encik Tong berkata demikian sewaktu berucap dalam majlis meraikan Hari Sindrom Down Sedunia anjuran Persatuan Sindrom Down (DSA) semalam.



"Warga sindrom Down memerlukan kita supaya giat menjadikan Singapura tempat yang selamat dan terus bersifat menyokong," ujarnya, menurut laporan akhbar The Straits Times.



Kajian menunjukkan bahawa satu daripada setiap 800 orang mempunyai sindrom Down.



Sindrom itu berlaku apabila individu berkenaan memiliki tiga 'salinan' kromosom ke-21.



Setiap tahun, Hari Sindrom Down Sedunia diraikan pada 21 Mac. Sambutan itu mula diadakan di Singapura pada 2006 dan diraikan secara tidak rasmi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012.



Edisi ke-16 sambutan DSA kali ini kebanyakannya diadakan secara maya ekoran pandemik Covid-19.



Beberapa kegiatan juga disalurkan secara dalam talian dari Pusat DSA di Junction 8, Bishan.



Duta DSA Judith Teo, 26 tahun, and Allan Cai, 22 tahun, yang juga menghidapi sindrom itu, bantu mengacarakan majlis.



Tambah Encik Tong, Singapura sudah memilih langkah besar dalam usaha menerima dan meraikan warga yang menghadapi sindrom Down.



Contohnya negara melancarkan rancangan yang bertujuan mendekati warga berkelainan upaya dan meningkatkan mutu kehidupan mereka menerusi usaha integrasi pada 2007.



Kini, Singapura memasuki fasa ketiga Pelan Induk Pemerkasaan, iaitu kerangka lima tahun yang menurut Encik Tong berupaya memacu negara ke arah sifat lebih belas ihsan dan inklusif.



"Hal ini menuntut sokongan dan tindakan daripada masyarakat termasuk majikan, pertubuhan kemasyarakatan berserta orang berkelainan upaya dan penjaga mereka," ujarnya.



DSA, yang kini mencapai ulang tahun ke-25 tahun ini, sudah membantu lebih 800 orang menerusi pelbagai program dan khidmat tahun lalu.



Penerima bantuan itu termasuk 300 orang yang menghadapi sindrom Down.



Sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai kegiatannya, DSA menjual stoking yang direka khas oleh penerima bantuan.



Mereka juga menjual pek buat layang-layang sendiri di bawah kempen Terbang Tinggi (Soar High).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >