Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Generasi milenial berani teroka isu luar zon selesa

Feb 25, 2018 | 05:30 AM



MAHASISWA tahun akhir Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Nur Humaira Sajat dan Cik Nurul Atikah Hasimen, dapat membayangkan perjalanan penuh onak duri apabila mengusulkan projek dokumentari tentang rumah pasung di Indonesia, Living In Chains.



Namun, seberat mana pun ujian yang ditangani tatkala mengembara ke desa terpencil sekitar Cilacep dan Brebes di Jawa Tengah bagi menemui pesakit mental yang dipasung serta perawat tradisional yang menangani kes mereka, pengalaman membuka mata itu sukar dicari ganti.



Cik Nur Humaira dan Cik Nurul Atikah, kededuanya 23 tahun, adalah antara belia generasi milenial yang kian berani meneroka di luar zon selesa demi projek tahun akhir mereka.



Mereka hanya ingin memastikan projek tahun akhir mereka 'berisi', berpengaruh dan menjana kesan kemasyarakatan yang sampai ke hati ramai.



"Kami bukanlah generasi strawberi yang hanya tertumpu pada media sosial 24 jam dan tidak peka pada keperluan masyarakat di luar Singapura.



"Daripada setakat menatap foto memilukan tentang pesakit mental yang dipasung, kami ingin mencari jawapan tentang budaya pasung yang masih berleluasa," jelas Cik Nur Humaira.



Sewaktu dihubungi Berita Minggu, beberapa pensyarah kursus media akur pelajar milenial kian berani menjelajah topik berat atau terlarang.



"Mengembara, mengurus logistik dan peralatan filem, mengupas budaya asing dan larangannya serta mewawancara golongan yang sukar didekati akan membuatkan pelajar lebih mampu membangun intelek dan bersemangat.



"Di akhirnya, kami berharap pengalaman baru ini ibarat kompas yang membantu mereka mengemudi cabaran dunia luar," jelas pengurus kursus Diploma Filem dan Televisyen Digital, Politeknik Temasek (TP), Cik Gail Goodenough.



Laporan lanjut: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >