Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Generasi muda perlu didedah isu alam sekitar lebih awal

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



PENTING untuk mendedahkan generasi muda terhadap isu alam sekitar lebih awal memandangkan mereka merupakan masa hadapan negara.



Justeru, Presiden Halimah Yacob menggesa lebih banyak sekolah-sekolah di sini agar mereka menyepadukan kelestarian alam sekitar secara holistik ke dalam persekitaran dan kurikulum sekolah mereka.



Beliau menambah bahawa ini akan memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan peranan mereka sebagai penjaga alam sekitar.



"Tindakan iklim tidak boleh menjadi sesuatu yang kita tangguhkan kerana isu-isu lain yang lebih mendesak dan semasa yang dihadapi dunia.



"Di Singapura ia benar-benar mengenai isu bagaimana kita dapat terus hidup...seluruh kewujudan kita bergantung pada keupayaan kita untuk menangani cabaran perubahan iklim.



"Dengan itu, saya ingin menggalak lebih banyak sekolah untuk ke hadapan dan mewujudkan budaya kelestarian alam sekitar ini.



"Dan saya berharap usaha ini dapat menyemai nilai-nilai tentang kelestarian alam sekitar dalam diri generasi muda kita," kata Puan Halimah selepas lawatannya ke Sekolah Mee Toh semalam.



Mengulas tentang usaha yang sedang dijalankan sekolah itu, Puan Halimah berkata beliau gembira kerana mereka telah mengambil langkah untuk menerajui budaya kelestarian alam sekitar dalam pendekatan pelbagai serampang.



Menurut beliau, pendidikan persekitaran ini mewujudkan peluang kepada para pelajar untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui pembelajaran berasaskan pengalaman selain meneroka penyelesaian yang dapat menangani isu dunia sebenar.



"Jika anda melihat di Sekolah Mee Toh ini, mereka telah melakukan kerja yang hebat, mengintegrasikan ini sebagai sebahagian daripada budaya dan kurikulum sekolah mereka, memastikan para pelajar menjadikannya sebagai sifat semula jadi dan sesuatu yang tidak asing bagi mereka.



"Mereka kemudiannya dapat menghayati nilai-nilai kelestarian alam sekitar ini dengan membawanya pulang ke rumah dan kepada masyarakat," tambah beliau.



Selain diberi taklimat tentang usaha Pendidikan Alam Sekitar dan Kelestarian Alam Sekitar yang dilakukan sekolah itu, semasa lawatannya, Presiden Halimah turut diberi kesempatan berinteraksi dengan guru dan pelajar sebelum menanam pokok sempena sambutan Hari Bumi.



Sekolah Mee Toh merupakan salah satu daripada empat sekolah perintis di bawah Program Pengawasan Eko Kementerian Pendidikan (MOE) yang diumumkan pada 2021 yang bertujuan untuk memupuk budaya tabiat mampan merentas semua aspek kehidupan seharian dalam diri generasi akan datang.



Ini dilakukan sebahagiannya melalui inisiatif berasaskan sekolah dan pakej pelajaran untuk mengajar pelajar tentang kelestarian alam sekitar.



Sebagai contoh, kurikulum pendidikan kemanusiaan, sains, serta perwatakan dan kewarganegaraan (CCE) kini merangkumi konsep kelestarian.



Tiga sekolah lain ialah Sekolah Menengah Tampines, Sekolah Rendah Elias Park dan Sekolah Menengah Commonwealth.



Di samping itu, Sekolah Mee Toh juga merupakan penerima anugerah Anugerah Presiden untuk Alam Sekitar pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >