Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Generasi muda punya peranan kekalkan warisan, budaya dan identiti masyarakat

May 16, 2022 | 05:30 AM



SEMENTARA masyarakat Melayu Singapura telah mencapai banyak kemajuan selama ini, kemajuan ini tidak mencukupi dan tidak lengkap sekiranya mereka kehilangan warisan, budaya dan identiti mereka.



Bercakap di sesi pertama edisi kedua Siri Cendekiawan Lestari anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF) dengan topik Kesan Realiti Sejarah Pada Masa Depan Warisan Melayu di Singapura baru-baru ini, Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin), Encik Zainul Abidin Rasheed, berkata lebih banyak usaha juga perlu dijalankan untuk merapatkan jurang antara generasi muda dengan mereka yang lebih berpengalaman.



Ini supaya golongan muda juga boleh memainkan peranan bukan sahaja untuk memperkaya tetapi juga untuk memperkukuh warisan, budaya dan identiti masyarakat sebagai sebahagian Singapura yang berbilang budaya dan agama.



"Kita harus mencari cara bagaimana untuk mendekati generasi muda ini... dan gabungkan pemahaman mereka bersama pemahaman golongan yang berpengalaman untuk mencapai pemahaman lebih baik dan lengkap tentang masa lampau dan masa akan datang," ujar beliau.



Encik Zainul Abidin turut menarik perhatian bagaimana penggiat tari mapan, Cik Som Said, berjaya menarik ramai orang muda untuk menari dan membuat persembahan.



Namun beliau bertanya, berapa ramai Cik Som yang ada di Singapura?



"Kita harus memastikan orang muda juga mahu menjadi sebahagian daripada warisan yang penting ini dan mahu melibatkan diri dalam usaha penting memelihara identiti, budaya dan warisan kita.



"Ini kerana adalah penting pengunjung dari luar negara juga melihat (masyarakat) kita sebagai sebahagian penting di Singapura," kata Encik Zainul Abidin.



Tambahnya, pemahaman, pemikiran, pandangan dan intelek masyarakat juga membentuk sebahagian penting budaya dan warisan masyarakat.



"Bagaimana kita boleh menyumbang kepada pembangunan Singapura secara menyeluruh?



"Sudah tentu kita mahu memelihara identiti kita, Taman Warisan Melayu kita dan budaya Melayu kita, tetapi apa yang kita faham tentang budaya atau warisan Melayu itu?



"Apakah bahagian penting yang kita mahu lindungi dan galakkan supaya kita dapat terus memelihara Singapura yang berbilang budaya dan agama ini?" ujar beliau.



Menarik perhatian antara detik awal pembangunan Singapura, Encik Zainul Abidin berkata Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew yakin berusaha memastikan masyarakat Melayu tidak ketinggalan sedang negara terus mencapai kemajuan.



Namun tambahnya, sesetengah pihak berpendapat bahawa sukar untuk meyakinkan masyarakat Melayu mempertingkat diri dengan pendidikan ketika itu dan adalah lebih mudah untuk memberi tumpuan pada masyarakat Cina sahaja untuk mencapai matlamat itu dan sebahagian hasilnya diketepi bagi masyarakat Melayu.



"Saya antara mereka yang menolak idea itu... bukan itu caranya, sebaliknya kita harus mempunyai pendekatan bersepadu, dengan masyarakat Melayu harus menyumbang kepada seluruh Singapura.



"Ini juga cara pemikiran dan pemahaman yang harus dimiliki masyarakat Melayu di sini sebagai sebahagian masyarakat Singapura yang lebih meluas.



"Ini bukan tentang ekonomi saja, tetapi apa yang kita faham tentang masyarakat berbilang bangsa. Apa yang kita faham dengan menyumbang kepada Singapura sebagai negara maju berbilang kaum dan agama yang sangat berjaya?" ujarnya.



Meskipun generasi muda kini mempunyai kepentingan serta pemahaman, idea dan pendekatan yang berbeza, Encik Zainul Abidin berkata pemahaman lebih baik tentang sejarah dan pengalaman yang dilalui masyarakat sebelum ini akan mempersiap mereka untuk menghadapi cabaran akan datang dengan lebih baik.



"Kami bukan hendak menentukan apa yang mereka harus lakukan tetapi saya rasa pemahaman yang lebih baik boleh mempersiap mereka dengan lebih baik kerana generasi muda ini akan berdepan dengan cabaran yang berbeza," tambahnya.




"Kita harus memastikan orang muda juga mahu menjadi sebahagian daripada warisan yang penting ini dan mahu melibatkan diri dalam usaha penting memelihara identiti, budaya dan warisan kita. Ini kerana adalah penting pengunjung dari luar negara juga melihat (masyarakat) kita sebagai sebahagian penting di Singapura.
Bagaimana kita boleh menyumbang kepada pembangunan Singapura secara menyeluruh?
Sudah tentu kita mahu memelihara identiti kita, Taman Warisan Melayu kita dan budaya Melayu kita, tetapi apa yang kita faham tentang budaya atau warisan Melayu itu?"
- Encik Zainul Abidin Rasheed, Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >