Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerakan kesedaran kesihatan mental diperluas ke kawasan kejiranan

1,000 relewan, pemimpin akar umbi akan dilatih sedia sokongan pertama kepada pesakit; projek perintis di Punggol West, Bukit Batok East
Sep 08, 2023 | 08:00 PM



Lebih ramai penduduk di Singapura akan menerima sokongan dan latihan mengenai kesihatan mental.

Ini memandangkan usaha meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental – Beyond the Label (BTL) Collective – akan diperluas ke kawasan kejiranan, dengan Punggol West dan Bukit Batok East menjadi kejiranan perintisnya.

Dengan peluasan ini, BTL Collective bermatlamat mendekati sekurang-kurangnya 1,000 individu di setiap estet dan melatih pemimpin akar umbi serta sukarelawan untuk berkhidmat sebagai barisan hadapan yang menyediakan sokongan pertama bagi mengenal pasti individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Dalam satu kenyataan media, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS), yang menerajui usaha itu, berkata sejak dilancarkan pada 2022, usaha itu telah mendekati lebih 55,000 individu, termasuk 45,000 pelajar dari peringkat sekolah rendah, menengah serta politeknik.

Antara lain, pelajar diajar tentang keadaan kesihatan mental dan cara menjaga kesihatan mereka serta orang di sekeliling mereka.

Menurut NCSS, lebih banyak sumber yang khusus akan diperkenalkan ke 10 sekolah rendah pada 2024 bagi membantu pelajar menguruskan kesihatan mental dari usia muda.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NCSS, Cik Tan Li San, berkata: “BTL Collective telah menumpukan usaha pendekatan masyarakat dan perkongsian kami untuk memperluaskan sokongan masyarakat bagi orang yang mempunyai masalah kesihatan mental.

“Dengan memupuk sikap empati dan menambah pengetahuan dalam kalangan orang awam, pemimpin masyarakat dan majikan, kita semua boleh memainkan peranan masing-masing untuk menyokong orang yang kita sayangi yang mempunyai masalah kesihatan mental.”

Sejak dilancarkan pada 2019, BTL Helpbot, atau bot bantuan BTL – Belle – yang menghubungkan orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan dan sumber masyarakat kesihatan mental, telah menyokong lebih 21,000 individu.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Belle boleh digunakan di pelbagai platform dalam talian, seperti Whatsapp, selain akses laman web dan Facebook Messenger, yang akan membolehkan lebih ramai individu mengakses sokongan yang mereka perlukan dengan mudah,” ujar Encik James Tan, CEO Perkhidmatan Masyarakat TOUCH.

Sementara itu, acara Festival BTL 2023 telah diadakan pada Jumaat, dengan tema ‘Kesejahteraan Mental Bermula Dengan Kita Semua’. Acara anjuran BTL Collective yang diketuai NCSS dan Perkhidmatan Masyarakat TOUCH itu turut dihadiri oleh Presiden Halimah Yacob.

Pelbagai aktiviti disediakan, termasuk bengkel kesihatan, persembahan oleh sekolah dan ceramah oleh pempengaruh media sosial, Zaki Hussain, serta artis tempatan yang lain.

Rakan kongsi korporat seperti Jewel di Lapangan Terbang Changi dan para peruncitnya juga menunjukkan sokongan dengan mengedarkan kad yang mengandungi mesej BTL kepada pelanggan serta menawarkan promosi eksklusif untuk menggalak orang ramai menyokong usaha itu.

Pusat beli-belah seperti Jewel, Westgate dan Waterway Point juga akan mengadakan pameran bergerak BTL untuk meneruskan daya usaha tersebut.

Selain itu, sebuah kereta api MRT di Laluan Utara-Selatan yang berkonsep BTL akan dilancarkan di 27 stesen pada Oktober 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >