Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran $2 juta bagi biayai daya usaha tiada pembaziran

Jan 22, 2019 | 03:04 PM



ORANG ramai yang ingin memulakan daya usaha bagi menggalak usaha kitar semula dan mengurangkan pembaziran boleh memanfaatkan satu dana bernilai $2 juta mulai Februari.



Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan), Dr Amy Khor, mengumumkan hari ini (22 Januari) bahawa dana itu boleh digunakan bagi projek yang khusus menyasarkan usaha tiada pembaziran, termasuk dari segi bungkusan, makanan serta alat elektrik dan elektronik.



Semasa melawat prasarana Sembcorp di Tuas, Dr Khor berkata geran itu bertujuan menggalak orang ramai tampil menganjurkan projek dan daya usaha yang dapat membantu meningkatkan usaha kitar semula di sini.



Tambahnya, ini merupakan antara usaha yang akan diperkenal Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang Singapura berusaha mencapai visi menjadi sebuah negara tanpa pembaziran.



Menurut NEA, geran itu antara lain membuka jalan bagi mencapai visi tersebut, dengan mewujudkan ekonomi pusingan, iaitu menggunakan bahan mentah yang boleh digunakan semula sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >