Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab kerjasama dengan APSN bantu pelajar keperluan khas bangun kemahiran sektor F&B

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT platform aplikasi Grab akan bekerjasama dengan sekolah pendidikan khas posmenengah APSN Delta Senior School untuk mempersiapkan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada individu kurang upaya intelektual sederhana dalam sektor penghantaran makanan.



Ini setelah Grab menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) selama dua tahun bersama agensi khidmat sosial APSN semalam.



Di bawah MOU itu, Grab akan bekerjasama dengan APSN untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran dalam sektor makanan dan minuman (F&B) dan runcit.



Kurikulum latihan sedia ada APSN akan menyepadukan modul mengenai khidmat penghantaran makanan, seperti khidmat penghantaran, kebersihan makanan, keselamatan pekerjaan, pengurusan inventori dan kemahiran digital.



Grab juga akan menyediakan peluang bekerja sambil belajar dan pekerjaan dalam operasi kendalian Grab, termasuk GrabKitchen, GrabMart dan GrabSupermarket.



Sekitar 400 pelajar berkeperluan khas di bawah APSN akan meraih manfaat menerusi program tersebut.



Pengarah urusan bagi penghantaran, Grab Singapore, Cik Ngiam Xin Wei, berharap kerjasama dengan APSN itu dapat memberi nilai kepada pelajar mereka dengan menawarkan peluang pekerjaan dan latihan vokasional yang relevan dengan industri.



"Pada akhirnya, kami mahu membuka potensi pelajar ini untuk menyumbang kepada ekonomi digital. Kami juga berharap menerusi kerjasama ini, kami dapat menyebarkan mesej pekerjaan inklusif dalam kalangan rakan kami dan dalam masyarakat," kata beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), APSN, Encik Stanley Tang, pula berkata APSN sentiasa mencari cara menyokong pelajar berkeperluan khas mereka dalam laluan pertumbuhan dan pembelajaran mereka, dan memaksimumkan potensi mereka untuk menjalani kehidupan bermaruah, memuaskan dan berdikari.



"Oleh itu, kami gembira bekerjasama dengan Grab untuk mempersiap pelajar kami bagi ekonomi digital.



"Kerjasama strategik bersama Grab ini akan memperluaskan lagi peluang pembelajaran dan kerjaya pelajar kami, dan membolehkan mereka kekal relevan dalam pasaran pekerjaan semasa," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >