Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN Z

Graduan kongsi detik indah lalui program di Hanoi

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



HASIL usaha tidak mengenal lelah, Cik Nursyafiqah Mohamed Raihan, 23 tahun, berjaya meraih kelulusan tertinggi Summa Cum Laude dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Sistem Maklumat di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Pelajar lepasan Maktab Rendah Raffles itu tertarik dengan enam trek yang ditawarkan oleh ijazah daripada Pusat Pengajian Pengkomputeran dan Sistem Maklumat itu.



"Memandangkan saya tidak pasti tentang kekuatan dan minat saya ketika itu, saya menghargai kelenturan yang ditawarkan oleh kurikulum, di mana saya boleh memilih antara trek teknikal atau perniagaan pada tahun-tahun kemudiannya di SMU," dedah Cik Nursyafiqah.



Walaupun Cik Nursyafiqah meraih kelulusan tertinggi Summa Cum Laude, beliau lebih mementingkan kemahiran dan pengetahuan yang dipelajarinya, yang kini digunakan dalam pekerjaannya.



Namun, beliau menghadapi beberapa cabaran kerana tidak mempunyai pengalaman dalam bidang teknologi sebelum ini.



"Jadi saya sering mengubah fikiran saya dalam memutuskan jurusan apa yang saya mahu atau trek apa yang saya mahu ambil. Ini membuat dua tahun pertama lebih mencabar," tambah Cik Nursyafiqah.



Sebagai seseorang yang tidak mempunyai latar belakang teknikal, Cik Nursyafiqah lebih tertarik kepada Sistem Maklumat kerana beliau agak takut memilih kursus yang sangat teknikal seperti sains komputer. Beliau tidak pasti sama ada akan mahir atau akan menyukainya.



Kakak kepada tiga adik beradik lelaki itu adalah yang pertama untuk meraih ijazah dalam keluarganya.



"Saya syukur bahawa keluarga saya memberi sokongan melakukan apa yang saya mahu," tambahnya.



Dengan kecemerlangan beliau dalam medan akademik, Cik Nursyafiqah suka meluangkan masa untuk menjadi sukarelawan di D'Klub sejak 2018.



Ia adalah program bimbingan dalam subjek seperti bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi kanak-kanak sekolah rendah. Peluang untuk menjadi mentor kepada anak-anak membolehkan Cik Nursyafiqah membina hubungan yang kukuh dengan mereka.



Pada masa yang sama, Cik Nursyafiqah berada dalam Senarai Dekan dari 2018 hingga 2020.



Pengurusan masa yang baik adalah resipi kejayaannya.



Beliau juga berada di sebuah kelab di SMU-X, sebuah program penggambaran luar dan memegang jawatan kepimpinan sebagai pengurus kewangan.



Mengimbas kembali detik indah semasa di SMU, iaitu 'Internship' di Hanoi, Vietnam, beliau berkata:



"Saya menyertai program internship yang ditawarkan oleh sekolah selama 3 minggu. Saya menikmati pertukaran budaya, serta peluang melihat syarikat permulaan atau 'startup' yang semakin berkembang di sana," tambahnya.



Cik Nursyafiqah juga berasa bangga setiap kali projek disiapkan dan melihat hasilnya, sama ada aplikasi yang dibangunkan atau pembentangan untuk mempamerkan usaha projek sepanjang semester.



Sejak bulan Mac tahun ini, Cik Nursyafiqah bekerja di Grab sebagai, Jurutera Pangkalan Data - Pembangunan Perisian.



"Saya harap saya dapat mencari domain yang dapat saya dalami dan menjadi penyumbang yang lebih baik dalam domain tersebut. Pada masa sekarang kemahiran saya masih umum dan saya harap untuk meraih lebih pengetahuan dalam bidang ini", kongsi beliau bersama Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >