Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

GST bahagian penting struktur pendapatan kukuh

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

GST bahagian penting struktur pendapatan kukuh

GST
Jan 12, 2022 | 05:30 AM

CUKAI Barangan dan Perkhidmatan (GST), bersama cukai pendapatan dan kekayaan, adalah bahagian penting dalam struktur pendapatan kukuh yang akan membolehkan pemerintah menyediakan sokongan penjagaan dan kontrak sosial kukuh, kata Menteri Kedua Kewangan, Cik Indranee Rajah.

Menjawab soalan Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) di Parlimen semalam, Cik Indranee berkata asas kewangan baik diperlukan bukan sahaja bagi menyediakan bantuan kepada isi rumah dan perniagaan apabila perlu, bahkan untuk mencapai cita-cita bersama bagi penjagaan kesihatan dimampui, pendidikan bermutu dan tempat tinggal selamat.

"Walaupun kami mengekalkan kewangan kita pada kedudukan kukuh dan stabil, kami akan memastikan sistem cukai dan pemindahan keseluruhan kita kekal adil dan progresif.

"Kami juga akan mengurangkan dengan ketara kesan kenaikan kadar GST terhadap rakyat Singapura," ujar beliau.

GST dijangka meningkat kepada 9 peratus, daripada 7 peratus sekarang.

Peningkatan itu diperlukan bagi menampung perbelanjaan yang akan terus meningkat disebabkan perubahan demografik dan sekitaran, seperti penjagaan kesihatan, penduduk menua dan perubahan iklim.

Dalam Amanat Tahun Baru beliau, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata terdapat keperluan menaikkan GST memandangkan ekonomi Singapura mula bangkit daripada pandemik Covid-19.

Berbanding negara maju lain, GST di negara ini masih rendah. Di Britain, kadar cukai nilai tambah (VAT) ialah 20 peratus, sementara di Jepun dan Australia 10 peratus, dan New Zealand 15 peratus.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3