Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gunting rambut percuma untuk sumbang semula kepada masyarakat

Jul 14, 2019 | 12:41 PM



Sifat ikhsan dan suka menolong memang sudah disemai dalam jiwa Encik Taufiq Yusof oleh keluarganya sejak kecil lagi.



Masih segar di ingatan beliau, memori menyaksikan ayahnya menjamu para pekerja asing di sekitar rumahnya dan menolong arwah datuknya mengumpul pakaian terpakai untuk disumbang kepada golongan miskin di luar negara. 



Kini, nilai suka beramal jariah sudah sebati dalam diri Encik Taufiq, 26 tahun.



Lantaran itu, apabila beliau menubuhkan perniagaan gunting rambutnya tahun lalu, anak kedua dalam tiga beradik itu bertekad untuk menganjurkan acara amal sebagai sumbangan semula kepada masyarakat. 



Encik Taufiq adalah antara individu yang ditampilkan dalam kempen #InspirasiSG, anjuran M Kuasa Tiga (M³) yang merangkumi Mendaki, Muis dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Semasa dihubungi, Encik Taufiq yang minat menggunting rambut sejak di sekolah menengah, berkata:



“Sebelum saya membuka kedai gunting sendiri, saya bekerja makan gaji dengan orang lain buat beberapa tahun.



“Setiap kali ada masa lapang atau cuti kerja, saya akan luangkan masa menggunting rambut secara percuma kanak-kanak di salah sebuah rumah kebajikan. 



“Saya cuba juga libatkan rakan penggunting rambut lain. 



“Namun, pada masa sama, saya mempunyai hasrat dan matlamat untuk menganjurkan acara atau kegiatan amal. Tetapi bukan mudah melakukannya semasa makan gaji,  sebab saya faham, tidak semua orang atau peniaga yang dapat mungkin memperuntukkan masa mahupun ruang untuk turut terlibat.” 



Berbekalkan iltizam itu, Encik Taufiq bersama dua rakan niaganya, Encik Ahmad Syahmi Ibrahim dan Encik Muhd Amyrul telah melaburkan sekitar $50,000 untuk menubuhkan kedai gunting rambut Bidega di Telok Ayer pada tahun lalu. 



Sejauh ini, mereka telah bekerjasama dengan rakan kerjasama lain - di bawah nama Blade Trade Syndicate - untuk menganjurkan lebih lima projek dan acara amal.



Antara lain, mereka telah menyertai karnival atau acara amal anjuran Airbnb, projek #SaveSulawesi bersama My Youth Forum dan Back2Basics serta PPIS. 



Encik Taufiq berkongsi kepuasan yang dicapai daripada usaha ini tidak boleh digambarkan.



“Bila pada masa itu, kami menolong seseorang itu, rasa terima kasih yang mereka tunjukkan sudah cukup membuat saya puas hati.



“Sebab kami rasa adalah menjadi tanggungjawab kami untuk tolong-menolong orang yang lebih susah.



“Saya secara peribadi juga tahu bagaimana perasaannya apabila memerlukan bantuan dan tiada yang mahu membantu,” jelasnya. 



Tambah beliau, golongan kanak-kanak dan remaja yang kurang bernasib baik juga mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.



“Saya berasa kasihan dan simpati dengan mereka. Tiada orang di dunia ini yang minta hidup dalam serba kekurangan atau kesempitan. 



“Saya berharap menerusi usaha saya seperti mengajar mereka gunting rambut ataupun menggunting rambut dengan percuma akan memberi mereka wadah untuk menanam semangat positif dan mencapai yang terbaik untuk diri mereka,” luah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >