Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru agama positif HIV akui salah lakukan serangan seksual ke atas 4 budak lelaki

Sep 08, 2023 | 07:29 PM



Seorang guru agama sambilan yang juga mengajar bahasa Arab telah melakukan penganiayaan seksual ke atas beberapa budak bawah umur, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun, walaupun menyedari dia telah dijangkiti HIV (human immunodeficiency virus) dari seorang teman dewasa.

Lelaki berusia 34 tahun ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi pada Jumaat (8 Sep) atas tiga pertuduhan melakukan seks ke atas kanak-kanak bawah umur, melibatkan tiga daripada empat budak lelaki itu.

Kesalahan tertuduh terbongkar disebabkan pemeriksaan biasa oleh anggota polis yang meronda dekat Pantai Changi, yang mendedahkannya sebagai seorang penganiaya seksual setelah telefon bimbitnya didapati mengandungi pornografi kanak-kanak dan mesej kepada seorang budak lelaki bawah umur menawarkan wang sebagai ganti seks oral.

Semasa disoal, dia mengaku telah melakukan pelbagai kesalahan seksual terhadap empat budak lelaki, termasuk seorang yang dikenalinya menerusi aplikasi ‘dating’ Grindr ketika budak itu berusia 11 tahun.

Sebanyak 18 pertuduhan, termasuk satu yang melibatkan budak lelaki keempat, telah diambil dalam pertimbangan.


Lelaki itu, yang disahkan menghidap gangguan pedofilik selepas penahanannya, tidak boleh dinamakan di bawah perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, lapor The Straits Times.


Pendakwa raya memohon tertuduh dihukum penjara 24 tahun dengan lapan sebatan, dengan menyatakan dia seorang, secara seksualnya, tidak bertanggungjawab dan tidak konsisten dalam menggunakan kondom semasa melakukan perbuatan seks dengan mangsa.


Peguam bela tertuduh bagaimanapun meminta anak guamnya dipenjara antara 16 hingga 18 tahun dan tiada sebatan dikenakan kerana anak guamnya menyesal dan memberi alasan, telah membawa budak-budak lelaki itu ke masjid untuk berdoa, bagi memohon keampunan selepas perbuatan mereka.

Kes itu ditangguhkan namun tiada tarikh perbicaraan ditetapkan.

Lelaki itu mula menyediakan tuisyen rumah berkaitan agama dan bahasa Arab pada 2013 setelah dia pulang dari pengajian di Mesir.

Dia juga bekerja sambilan sebagai penunggang penghantaran makanan.


Dia diuji positif HIV pada Februari 2019 setelah melakukan seks tanpa perlindungan dengan seorang lelaki dewasa.

Timbalan Pendakwa Raya Zhou Yang memberitahu mahkamah tertuduh berkenalan dengan seorang budak sekolah rendah, yang dikenali sebagai V1, di Grindr pada 2014.

V1 telah berpura-pura sebagai seorang remaja, tetapi tertuduh pada masa itu sedar mangsa ketika itu berusia di bawah 14 tahun, kata pendakwa raya.

Tertuduh memberitahu budak lelaki tersebut dia seorang guru agama sambilan, dan mereka berbual tentang seks.

Mereka akhirnya bersemuka di bilik tandas di Hougang Mall, di mana tertuduh melakukan seks oral terhadap budak lelaki itu.

Dari 2015 hingga 2018, kedua-duanya kekal berhubung dan bertemu untuk aksi seks bersama. Pada Julai 2019, V1 disahkan positif HIV.


Pada 2017, tertuduh berkenalan dengan seorang budak lelaki berusia 12 tahun, dikenali sebagai V2.

Dia sering membelikan V2 dan teman-temannya makanan dan rokok.


Pada 2018, V2 membenarkan tertuduh melakukan seks tiga kali sebagai pertukaran bagi kredit permainan video bernilai $30 setiap kali.

Mangsa ketiga, V3, berada di sekolah rendah pada 2016 apabila dia mula berbual dengan tertuduh, yang telah mengikuti budak lelaki itu di wadah media sosial, Instagram.

Antara 2017 dan 2018, tertuduh melakukan seks dengan budak lelaki itu, yang ketika itu berusia 14 hingga 15 tahun.

Pada Jun 2019, tertuduh bertemu V2 dan dua lagi budak lelaki bawah umur dekat Changi Village dan telah membelikan mereka vodka untuk dikongsi.

Pada sekitar 10 malam, pegawai polis yang meronda melakukan pemeriksaan ke atas kumpulan tersebut dan menangkap tertuduh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >