Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru harus dapat ajar guna teknologi: Faishal

Perlu jadikan 'Pembelajaran Teradun' ciri penting bentuk pengalaman pembelajaran pelajar
Mar 17, 2021 | 05:30 AM



GURU perlu terus menambah pengetahuan dan kemahiran pedagogi agar dapat mengajar dengan menggunakan teknologi bagi mempertingkat pembelajaran pelajar.



Ini setelah pandemik Covid-19 menunjukkan proses pendigitalan dan penyesuaian yang dilakukan dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengubah cara guru merancang dan melaksana pelajaran, membina bahan pelajaran, dan memantau serta menilai kelakonan pembelajaran pelajar, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam ucapannya di Seminar Bahasa Melayu 2021 semalam.



"Covid-19 menjadikan kita lebih sedar akan pentingnya kita terus mempertingkat pembelajaran pelajar kita. Dalam hal ini, guru harus memikirkan bagaimana mereka dapat menerap E-Pedagogi dalam merancang dan melaksana PdP berkesan di bilik darjah.



"Penggunaan Peranti Pembelajaran Peribadi yang akan diberi kepada semua pelajar sekolah menengah mulai tahun ini juga perlu dimanfaatkan sebaik mungkin semasa melaksana sesi Pembelajaran di Rumah.



"Dengan setiap sekolah bakal melaksana Pembelajaran di Rumah sekali setiap dua minggu, guru harus menjadikan 'Pembelajaran Teradun', atau Blended Learning, sebagai ciri penting dalam mereka membentuk pengalaman pembelajaran agar dapat membangun pelajar berdikari dan bersemangat untuk terus belajar sepanjang hayat," kata Dr Faishal.



Beliau menambah bahawa pelajar umumnya selesa belajar dengan menggunakan teknologi, dan peranti peribadi mereka menjadi sumber pembelajaran hebat. Mereka juga mahir memaksimumkan kegunaan komputer dan menggunakan beberapa peranti dan aplikasi serentak.



"Pelajar terdedah kepada sejumlah aplikasi dan program komputer pasti membawa kesan positif kepada perubahan pedagogi dan peningkatan suara pelajar dalam proses PdP.



"Dalam menghadapi situasi sebegini, guru harus terus bersedia mengoptimumkan penggunaan ICT (teknologi infokom). Teknologi akan terus berkembang dan berubah, dan guru perlu menyesuaikan diri mengikuti arus perubahan itu. Hal ini melibatkan semua subjek, termasuk bahasa Melayu," kata Dr Faishal.



Seminar tahun ini bertema Memperkukuh Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Meningkatkan Kemahiran Bahasa, dan disertai 480 guru melalui wadah Zoom dan 30 di bangunan Pusat Bahasa Melayu Singapura di Bishan.



Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Salinah Ja'afar, menyampaikan ucaptama berjudul Cabaran Dalam Memperkukuh PdP bagi Meningkatkan Kemahiran Pelajar Berbahasa Melayu.



Sebanyak 47 kertas kajian berasas bilik darjah dikongsi oleh 88 guru dari 48 sekolah rendah dan menengah semasa sesi sidang selari yang menyusuli.




Covid-19 menjadikan kita lebih sedar akan pentingnya kita terus mempertingkat pembelajaran pelajar kita. Dalam hal ini, guru harus memikirkan bagaimana mereka dapat menerap E-Pedagogi dalam merancang dan melaksana PdP berkesan di bilik darjah. Penggunaan Peranti Pembelajaran Peribadi yang akan diberi kepada semua pelajar sekolah menengah mulai tahun ini juga perlu dimanfaatkan sebaik mungkin semasa melaksana sesi Pembelajaran di Rumah.
- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >