Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hab Pengangkutan Bersepadu terbesar SG di Woodlands dibuka

Jun 14, 2021 | 05:30 AM



PENUMPANG kini boleh menikmati perjalanan lebih lancar dan selesa dengan pembukaan Hab Pengangkutan Bersepadu (ITH) terbesar di Singapura di Woodlands semalam.



Hab itu menghubungkan pusat pertukaran bas baru di bawah pusat beli-belah Causeway Point dengan stesen MRT Woodlands di Laluan Utara-Selatan (NSL) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL).



Pusat pertukaran bas itu menggantikan Pusat Pertukaran Bas Sementara Woodlands terbuka, yang telah beroperasi sejak 2016.



Penduduk Woodlands selama tujuh tahun, Encik Muhammad Redzuan Abdullah, gembira pusat pertukaran tersebut dinaik taraf.



"Hab pengangkutan ini lebih selesa berbanding pusat pertukaran lama, lebih-lebih lagi memandangkan ia berhawa dingin," kata teknisyen berusia 36 tahun itu.



Jurutera sofwe, Cik Siti Surura Saleh, 24 tahun, berkata sekitaran pusat pertukaran itu kelihatan lebih cantik dan moden.



Berkongsi pengalaman positifnya di hab baru itu, beliau berkata:



"Memandangkan ia baru dibuka, terdapat beberapa pegawai berbeza bangsa yang dapat membantu semua penumpang terutama sekali warga emas."



Sementara 25 daripada 29 perkhidmatan bas yang beroperasi dari pusat pertukaran sementara telah dipindahkan ke ITH, baki empat perkhidmatan - 925/925M, 950, 961/961M dan 965 - akan terus beroperasi dari pusat pertukaran bas sementara, yang terletak di sebelah ITH Woodlands.



Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), pusat pertukaran bas itu dilengkapi sistem amaran yang memaklumkan kapten bas menerusi lampu berkelip apabila bas lain mengundur dalam kawasan meletak bas.



Bercakap kepada Berita Harian semalam, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, berkata hab tersebut merupakan pembangunan positif buat penduduk Woodlands.



"Ramai yang menanti-nantikan ruang berhawa dingin, akses langsung ke dua laluan MRT itu, dan tentunya mereka tidak perlu berjalan terlalu jauh untuk mengakses bas mereka berbanding dengan pusat pertukaran sementara. Ciri-ciri memudahkan akses juga diperbaiki untuk warga emas dan golongan kurang upaya," katanya yang juga Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee.



Dikendalikan SMRT, ITH Woodlands seluas 41,500 meter persegi itu ITH ke-11.




"Ramai yang menanti-nantikan ruang berhawa dingin, akses langsung ke dua laluan MRT ini, dan tentunya mereka tidak perlu berjalan terlalu jauh untuk mengakses bas mereka berbanding dengan pusat pertukaran sementara."
- Encik Zaqy Mohamad, Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, yang juga Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >