Topik diikuti
Pergi ke BHkuHabib Hassan dilantik ke Majlis Presiden bagi Hak Minoriti
Habib Hassan dilantik ke Majlis Presiden bagi Hak Minoriti
Habib Hassan dilantik ke Majlis Presiden bagi Hak Minoriti
Habib Syed Hassan Al-Attas telah dilantik ke Majlis Presiden bagi Hak Minoriti (PCMR) bagi tempoh tiga tahun. - Foto fail -
Jul 15, 2021 | 6:13 PM
HABIB Syed Hassan Al-Attas telah dilantik ke Majlis Presiden bagi Hak Minoriti (PCMR) bagi tempoh tiga tahun.
Lima daripada anggota majlis ini telah dilantik semula selama tiga tahun lagi.
Mereka adalah: Encik Othman Haron Eusofe, Profesor Chan Heng Chee, Encik Barry Desker, Encik Philip Jeyaretnam dan Venerable Sik Kwang Sheng.
Lagi dua anggota - Encik JY Pillay dan mantan mufti Shaikh Syed Isa Mohamed Semait - telah mengundur diri.
Perubahan itu berkuatkuasa Khamis (15 Julai), kata Pejabat Presiden dalam satu kenyataan.
Majlis itu kini dianggotai 16 ahli dan dipengerusi Ketua Hakim Sundaresh Menon. - The Straits Times
