Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Had makan luar ditambah pertengahan Julai seperti dirancang

Jun 25, 2021 | 05:30 AM



HAD kumpulan bagi makan luar di tempat makanan dan minum (F&B) dijangka boleh ditambah daripada dua orang kepada lima orang pada pertengahan Julai sebagaimana diumumkan sebelum ini.



Ini selaras dengan usaha mempergiat program vaksinasi dan pengujian tetap pekerja di tempat yang dianggap berisiko lebih tinggi, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong semalam.



Encik Wong, bercakap di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian bagi Covid-19 (MTF) berkata:



"Dengan pemvaksinan dijalankan mengikut jadual, dengan pengujian tetap pekerja di tempat-tempat berisiko lebih tinggi dijalankan, kita seharusnya mencapai sasaran itu."



Namun, beliau berkata tarikh khusus bagi perubahan itu akan ditetapkan dan dimaklumkan lebih awal dari itu.



Makan di tempat F&B dibenarkan semula sejak Isnin lalu tetapi hanya dua orang dibenarkan berkongsi meja.



Ini selepas sekatan Covid-19 yang lebih ketat dilaksana sejak lebih sebulan lalu termasuk larangan makan di luar.



Bermula pertengahan bulan depan, pengujian pantas dan tetap (FET) akan dijadikan mandatori bagi kakitangan di tempat yang dianggap mempunyai risiko lebih tinggi seperti premis F&B, gimnasium dan studio kecergasan dan tempat yang menyediakan khidmat jagaan peribadi seperti rawatan muka di mana klien tidak menggunakan pelitup.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata Singapura akan mempergiat program pemvaksinan di sini bermula esok.



Ini selepas bekalan vaksin ke Singapura bertambah lebih awal daripada dijangkakan membolehkan pemerintah melaksanakan 80,000 dos vaksin sehari, berbanding 47,000 dos pada hari ini.



Perkembangan ini bermakna kebanyakan penduduk yang bersedia mengambil vaksin akan menerima dos pertama mereka menjelang separuh kedua bulan depan.



Pasukan bertindak juga telah menetapkan matlamat melaksanakan vaksinasi sepenuhnya bagi sekurang-kurangnya dua pertiga penduduk di sini sekitar Hari Kebangsaan pada 9 Ogos, bergantung pada bekalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >