Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hafal Quran selepas 10 tahun, kini bimbing pelapis baru

Oct 08, 2022 | 05:30 AM



SETELAH berjaya menghafal Al-Quran selepas usaha 10 tahun, Cik Nur 'Arifah Mohd Shahri kini membimbing orang lain yang mahu menghafal kitab suci itu.



Selain bekerja sepenuh masa sebagai perancang pengeluaran di syarikat perkhidmatan lapangan minyak Schlumberger, beliau juga bergelar guru tahfiz di Pusat Pengajian Darul Huffaz setiap Sabtu dan guru Al-Quran di Darul Quran Singapura Masjid Kampung Siglap (DQSMKS) setiap Ahad.



"Hafalan berfungsi sebagai peringatan kepada kata-kata Allah, dan kepada Allah sendiri. Sejak saya selesai menghafal Al-Quran, terdapat banyak permintaan untuk guru tahfiz.



"Saya berharap dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang saya ajar dan berkhidmat kepada mereka yang ingin menghafal Al-Quran. Saya menjadi guru tahfiz dan Al-Quran sambilan untuk menyebarkan Islam dan meraih keredaan Allah," kata Cik Nur 'Arifah, 24 tahun.



Anak ketiga dalam keluarga empat beradik itu dimasukkan ke dalam program tahfiz DQSMKS oleh ibu bapanya ketika berusia sembilan tahun dan mendapati program itu banyak memberi manfaat kepada dirinya.



Program tersebut dijalankan sekali seminggu pada hujung minggu dengan setiap sesi berlangsung selama dua jam.



Tiada had tahun yang ditetapkan untuk pelajar menyelesaikan hafalan kerana ia bergantung kepada kelajuan menghafal masing-masing.



"Setiap sesi, saya mengulang kaji apa yang telah saya hafal pada minggu itu, kemudian menunggu giliran untuk hafalan saya didengar dan diperiksa oleh ustazah. Saya perlu membacakannya tanpa melihat Al-Quran.



"Terdapat ujian tahfiz bulanan jika saya telah menyelesaikan hafalan setiap juz. Saya hanya boleh meneruskan hafalan ke juz seterusnya jika saya lulus penilaian itu," kata Cik Nur 'Arifah.



Beliau, yang menuntut di Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah hingga peringkat pra-u sebelum ke politeknik, berkata antara cabaran yang dihadapi dalam menghafal Al-Quran ialah untuk mengimbanginya dengan kerja sekolah.



Ia menjadi lebih sukar semasa musim peperiksaan, tetapi Cik Nur 'Arifah berkata Allah swt telah mempermudahkan urusannya sedang beliau mula membuat kawan dengan pelajar tahfiz lain dan juga mempunyai ustazah yang banyak memberi dorongan.



Kini cabaran terbesarnya adalah untuk tidak berhenti mengulang kaji apa yang telah dihafalnya dan kekal konsisten dengannya, kata Cik Nur 'Arifah.



"Saya juga sedang cuba mempelajari lebih lanjut tentang kandungan atau tafsir Al-Quran dengan menyertai kuliah-kuliah di masjid," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >