Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Halimah gesa masyarakat perkukuh perpaduan sedang konflik dunia meningkat

Oct 14, 2023 | 08:01 PM



Mantan Presiden, Puan Halimah Yacob, menekankan kepentingan mengukuhkan perpaduan sosial di tengah-tengah ketegangan berterusan di seluruh dunia.

Beliau berharap Singapura tidak akan mengambil mudah soal perpaduan sosial dan akan terus membina jambatan yang kukuh antara masyarakat yang berbeza.

“Memupuk hubungan yang lebih mendalam merentas masyarakat yang berbeza adalah bahagian penting dalam tugas saya juga (sebelum ini sebagai Presiden).

“Kita tidak boleh mengambil mudah isu perpaduan sosial, walaupun kita tahu bahawa ini akan diuji dengan teruk oleh ketidaksamaan pendapatan yang semakin luas dan peningkatan konflik kaum dan agama di seluruh dunia,” kata Puan Halimah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pada Sabtu yang dianjurkan bersama pelbagai kumpulan masyarakat Melayu/Islam untuk menghargai jasanya.

Majlis di The Ritz-Carlton itu dihadiri hampir 600 tetamu daripada 36 kumpulan masyarakat.

Selain menyentuh tentang pentingya mengukuhkan perpaduan di Singapura, Puan Halimah menekankan dua lagi topik utama dalam ucapannya – memastikan tiada sesiapa dalam masyarakat yang ketinggalan dan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.

“Sebagai umat Islam, kita diingatkan sejak kecil bahawa kita mempunyai kewajipan terhadap satu sama lain. Ini adalah nilai yang jelas tertanam dalam agama dan budaya kita.

“Walaupun terdapat contoh nilai-nilai yang kukuh iaitu berdaya tahan dan berdikari, kita tidak boleh mengabaikan hakikat adanya kes-kes penyalahgunaan dadah, penderaan kanak-kanak dan salah laku lain yang membimbangkan dalam masyarakat kita,” katanya.

Beliau berharap masyarakat akan mengambil sikap peduli apabila menyaksikan penderaan berlaku.

Sebagai Canselor Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), beliau menekankan kepentingan pemikiran pembelajaran sepanjang hayat di tengah-tengah mogok buruh di Amerika Syarikat dan kemunculan kecerdasan buatan (AI).

“Kecerdasan buatan begitu berleluasa di setiap tempat kerja dan potensi serta skala untuk gangguan juga sangat besar.

“Sebagai masyarakat, kita perlu mempunyai pemikiran pembelajaran sepanjang hayat, sentiasa melihat bagaimana untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran kita tanpa mengira pekerjaan yang sedang kita laksanakan,” katanya

Dalam konteks hari ini, Puan Halimah berkata ia tidak lagi memadai untuk memegang satu ijazah yang akan bertahan seumur hidup.

Di SUSS, tiga perempat daripada pelajar adalah pelajar dewasa yang mengambil ijazah sambil bekerja sepenuh masa.

“Ini adalah gelombang masa depan – pembelajaran berterusan untuk bersiap sedia bagi perubahan, jika tidak, banyak pekerjaan yang baik tidak dapat dicapai,” kata Puan Halimah.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang mengiktiraf usaha Puan Halimah memperjuangkan pelbagai usaha seperti pemerkasaan wanita.

“Hari ini, kami mengadakan acara untuk mengiktiraf sumbangan Puan Halimah Yacob bersama pelbagai pertubuhan Melayu/Islam.

“Beliau telah memperjuangkan pelbagai usaha seperti memperkasakan wanita kepada organisasi seperti Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).”

“Saya berharap lebih ramai belia di Singapura akan mendapat inspirasi daripada sumbangan beliau dan berusaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat,” kata Encik Zaqy, yang turut mengiktiraf khidmat cemerlang Puan Halimah dalam tempoh enam tahun sebagai Presiden kelapan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >