Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Halimah letak jawatan sebagai Speaker dan AP, undur diri dari PAP

Aug 07, 2017 | 01:43 PM



CIK Halimah Yacob yang telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Presiden akan datang telah meletak jawatan sebagai Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Marsiling-Yew Tee.



Menurut satu kenyataan oleh pasukan media bagi Cik Halimah, beliau juga tidak akan lagi menganggotai Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) PAP dan memegang jawatan pengerusi Kumpulan Senior PAP (PAP.SG).



Dalam surat letak jawatan yang disampaikannya kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang juga Setiausaha Agung PAP, Cik Halimah berkata beliau telah memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya itu selepas mempertimbangkannya dengan berhati-hati serta selepas berunding dengan teman, rakan kerja dan keluarganya.



Beliau akui sukar meninggalkan penduduknya yang telah mengundinya menjadi AP tetapi menurut Cik Halimah, semangat dan keinginannya untuk berbakti terus hidup walaupun beliau akan bertanding bagi jawatan Presiden Dipilih (EP) itu.



“Ini merupakan tanggungjawab yang berat tetapi saya harap dengan sokongan warga Singapura, kita boleh melakukan lebih banyak lagi perkara yang baik bersama,” katanya.



Bagi mengelak gangguan kepada penduduknya di Marsiling – yang akan dijaga oleh AP GRC Marsiling-Yew Tee yang lain iaitu – Cik Halimah juga meminta Encik Lee menamakan pengganti bagi mengambil alih jawatan yang beliau pegang sebelum meletak jawatan secepat mungkin.



Mengakhiri suratnya kepada Encik Lee, beliau mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee, rakan kerja Parlimen dan anggota PAP bagi sokongan dan persahabatan mereka dalam usaha menjadikan Singapura tempat tinggal lebih baik untuk warganya.



Cik Halimah berkata beliau akan mendedahkan perincian lanjut berhubung kempennya nanti.



Dalam pada itu, beliau juga menyampaikan surat letak jawatan sebagai Speaker Parlimen kepada Kerani Parlimen Ng Sheau Jiuan dan sebagai AP GRC Marsiling-Yew Tee kepada Timbalan Speaker Parlimen Charles Chong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >