Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 200 bakal pengantin jalani program Bersamamu sejak 1 Julai

Jul 31, 2019 | 04:04 PM



 



 



Hampir 200 bakal pengantin telah menjalani sesi perkongsian peribadi dengan naib kadi, bagi mendapatkan panduan perkahwinan dan agama, sebulan selepas program itu dimulakan.



Bersamamu, yang diperkenalkan sejak 1 Julai, memberi peluang kepada bakal pengantin untuk bertemu naib kadi mereka sebelum mereka mendirikan rumah tangga. Antara lain, mereka digalak mengadakan berbincang secara terbuka dengan naib kadi berkenaan hal perkahwinan, termasuk cabaran harian, memperkukuh perkahwinan dan perspektif Islam tentang perkahwinan.



Mengulas tentang perkembangan program itu di Facebook pada Rabu (31 Julai), Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim (Keluarga) berkata:



“Saya berharap inisiatif ini akan memperkukuh rumah tangga bagi semua pasangan Muslim dan memupuk asas keluarga yang kuat dan saling menyayangi.”



Pada 30 Julai, beliau telah menyertai sesi Bersamamu bagi dua pasangan Muslim, yang diadakan  oleh Naib Kadi Ustaz Nuzhan Abdul Halim.



Bersamamu ialah antara inisiatif utama di bawah projek M3 (MKuasaTiga) yang bertujuan mempertingkat sokongan bagi rumah tangga, ibu bapa dan pembangunan awal kanak-kanak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >