Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 23% alami diskriminasi jantina di tempat kerja: Tinjauan

Empat SME dan NTUC meterai MOU, ikrar laksana amalan ambil pekerja adil, dan sediakan sekitaran kerja selamat dari gangguan
Mar 04, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 23 peratus dari lebih 3,000 responden dalam satu tinjauan berkata mereka mengalami diskriminasi jantina di tempat kerja.



Namun, 41 peratus daripada 23 peratus responden itu tidak mempunyai bukti untuk membuktikan bahawa diskriminasi jantina itu berlaku.



Menurut tinjauan itu, dua daripada 10 orang wanita berkata bahawa syarikat mereka lebih memilih calon lelaki apabila mengambil pekerja manakala hanya satu daripada 10 orang lelaki mengalami diskriminasi serupa.



Hanya 40 peratus daripada kaum wanita di dalam tinjauan itu terbuka membuat laporan sekiranya mengalami diskriminasi jantina.



Ini berbeza dengan kaum lelaki di mana 60 peratus daripada mereka terbuka membuat laporan sekiranya mengalami diskriminasi yang sama.



Dapatan itu dikumpulkan Unit Wanita dan Keluarga (WAF) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam satu tinjauan mengenai diskriminasi jantina di tempat kerja yang dilakukan dari 20 Januari hingga 10 Februari 2022.



NTUC WAF berkongsi hasil tinjauan itu semalam yang dihadiri oleh Pengarah U SME dan U Women and Family (U WAF), Cik Yeo Wan Ling di ibu pejabat NTUC di One Marina Boulevard.



Terdapat seramai 3,097 responden yang menyertai tinjauan itu.



Daripada jumlah itu, 70 peratus responden merupakan golongan wanita.



Sebahagian besar responden berusia antara 40 tahun ke atas (67 peratus) dan telah bekerja di syarikat yang mempunyai lebih daripada 200 kakitangan (69 peratus).



45 peratus daripada mereka juga mempunyai lulusan universiti.



Satu daripada 10 orang wanita berkata bahawa mereka tidak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat atau kemajuan kerjaya mereka.



Ini berbeza dengan kaum lelaki di mana hanya satu daripada 20 orang lelaki mengalami perkara yang sama.



Antara tiga sebab mereka tidak terbuka membuat laporan sekiranya mengalami diskriminasi adalah kerana takut menyebabkan seseorang itu kehilangan pekerjaan, takut kehilangan pekerjaan sendiri dan tidak tahu di mana membuat laporan.



Satu dari tiga responden pula berkata bahawa syarikat mereka telah memaklumkan dasar terhadap diskriminasi di tempat kerja kepada mereka.



Namun, perkara ini lebih berlaku pada syarikat besar (yang mempunyai lebih 200 kakitangan) berbanding dengan syarikat yang lebih kecil.



Dalam pada itu, untuk membina tempat kerja yang lebih adil dan lebih progresif, empat syarikat kecil dan sederhana (SME) di sini (IUIGA, Scanteak Singapore, Oriental Remedies Group dan Xi De Li) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama NTUC semalam.



MOU itu berikrar untuk melaksanakan amalan pengambilan dan pekerjaan yang adil, serta mengekalkan persekitaran kerja yang selamat daripada gangguan dengan prosedur pengendalian aduan yang betul.



18 SME lagi akan menandatangani MOU itu esok, dengan jumlah 22 SME akan bekerjasama dengan NTUC.



Cik Yeo berkata: "Penemuan tinjauan kami mencerminkan keperluan mendesak untuk lebih banyak SME untuk mewujudkan dasar diskriminasi anti-jantina yang jelas dan boleh diakses untuk memupuk tempat kerja yang lebih baik di mana semua orang boleh berkembang maju.



"Berhubung dengan gangguan di tempat kerja, kami juga telah mengenal pasti keperluan untuk SME memaklumkan dasar mereka dengan jelas dan untuk mewujudkan proses untuk mengurus gangguan di tempat kerja".




TINJAUAN DISKRIMINASI JANTINA DI TEMPAT KERJA



  • Libatkan 3,097 responden dalam satu tinjauan pada 20 Januari hingga 10 Februari 2022

  • 70 peratus responden adalah wanita

  • Sebahagian besar responden berusia antara 40 tahun ke atas (67 peratus) dan telah bekerja di syarikat yang punyai lebih daripada 200 kakitangan (69 peratus).

  • 45 peratus daripada mereka juga punyai lulusan universiti.

  • 23 peratus dari responden percaya bahawa ada diskriminasi jantina di tempat kerja mereka

  • Namun, 41 peratus dari 23 peratus itu tidak ada bukti.

  • 2 dari 10 wanita rasa bahawa syarikat mereka lebih memilih calon lelaki apabila mengambil pekerja

  • Satu dari 10 lelaki berkata syarikat mereka lebih memilih calon wanita apabila ambil pekerja

  • 40 peratus wanita terbuka untuk buat laporan sekiranya alami diskriminasi jantina.

  • 60 peratus lelaki terbuka untuk buat laporan sekiranya alami diskriminasi jantina.

  • Antara tiga sebab mereka tidak terbuka membuat laporan sekiranya alami diskriminasi adalah kerana takut sebabkan seseorang hilang pekerjaan, takut hilang pekerjaan sendiri dan tidak tahu di mana buat laporan.

  • Satu daripada 10 wanita berkata bahawa mereka tidak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat atau kemajuan kerjaya.

  • Satu daripada 20 lelaki berkata bahawa mereka tidak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat atau kemajuan kerjaya.

  • Satu dari tiga responden berkata bahawa syarikat mereka telah sampaikan dasar terhadap diskriminasi di tempat kerja kepada mereka.

  • Namun, perkara ini lebih berlaku pada syarikat besar (yang mempunyai lebih 200 kakitangan) berbanding dengan syarikat yang lebih kecil.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >