DEBARAN perlumbaan Formula Satu (F1) sudah dapat dirasai pengunjung luar negara yang telah datang ke Singapura bagi menyaksikan perlumbaan tersebut.
Walaupun keadaan jerebu masih lagi melanda rantau ini, keadaan di Singapura mula cerah semalam dengan Indeks Piawai Pencemaran (PSI) menunjukkan ia mula turun ke paras sederhana semalam.