Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga ayam dijangka naik dalam masa terdekat

Penjual ayam di SG mencari sumber alternatif u Mula tawar ayam beku u Case galak pengguna timbang sumber alternatif
May 25, 2022 | 05:30 AM



HARGA ayam di pasaran dijangka meningkat dalam beberapa minggu akan datang ketika penjual ayam di Singapura mencari sumber alternatif untuk menampung permintaan ayam di sini.



Ini selepas Malaysia mengumumkan akan menghentikan eksport 3.6 juta ekor ayam sebulan dari 1 Jun.



Sekitar 34 peratus dari ayam diimport Singapura adalah dari Malaysia tahun lalu, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA).



Beberapa peniaga yang ditemui Berita Harian semalam berkata mereka sudah mula mencari pilihan alternatif untuk terus memenuhi permintaan pelanggan dan mengelakkan harga dari meningkat dengan banyak.



Ini termasuk menawarkan ayam beku dan juga mencari bekalan ayam hidup alternatif.



Dengan sebanyak 80 peratus daripada sumber ayam mereka daripada Malaysia, Cik Nazneen Khaja, pembantu gerai dan anak kepada pemilik Nazneen Meat House, berkata mereka sudah mula untuk mencari sumber ayam alternatif.



Bapa Cik Nazneen memiliki gerai daging dan ayam di Pasar Clementi West.



Beliau menambah mereka akan bergantung kepada bekalan ayam beku dari Brazil buat sementara ini jika tidak lagi mendapat ayam segar dari Malaysia.



"Kami sudah mula mencari pembekal ayam beku dari Brazil kerana kami tidak menjangkakan dapat sebarang bekalan ayam hidup.



"Namun, dengan permintaan yang semakin meningkat, kami menjangkakan harga ayam untuk terus meningkat," jelasnya.



Berbanding kepada Februari dan Mei tahun ini, Nazneen Meat House menaikkan harga bagi ayam segar 1.4 kilogram sebanyak 25 peratus mencapai $10 manakala harga ayam beku yang mempunyai berat yang sama dinaikkan 45 peratus mencapai $7.



Kenaikan itu terpaksa dilakukan kerana pembekal mereka meningkatkan harga disebabkan permintaan yang melonjak.



Para peniaga lain akur mereka tidak da-pat mengawal situasi sekiranya terdapat kenaikan harga bagi ayam yang dijual.



Pemilik gerai Mohamed Ali Fresh & Frozen, Encik Husni Hashim akan meninjau keadaan sebelum mengambil stok ayam beku tambahan daripada pembekal lain dan menaikkan harga ayam beku yang dijual.



"Dengan kos yang akan meningkat kerana permintaan tinggi, saya tidak tahu kalau orang akan beli ayam sekiranya harga ayam ini meningkat dengan keterlaluan.



"Dulu orang boleh beli tiga ayam beku untuk $10, tetapi sekarang ia dijual pada harga $14.



"Kalau saya ambil stok ayam yang banyak dan terpaksa meningkatkan harga tetapi orang tidak beli, pun tidak berbaloi bagi saya," ujar Encik Husni, yang berniaga di Pasar Geylang Serai.



Meskipun ramai yang khuatir tentang bekalan ayam ke Singapura, pemilik gerai Hashim Abbas, Encik Hashim Abbas tetap positif dengan keadaan ini.



Mempunyai akses kepada seramai 30 pembekal berlainan di Singapura dan luar negara, peniaga di Pasar Geylang Serai itu berkata beliau akan terus mempunyai bekalan ayam untuk menampung permintaan pelanggannya.



"Saya rasa di Singapura terdapat banyak pilihan alternatif untuk didapatkan oleh orang ramai.



"Jika tidak dapat mendapatkan ayam yang segar, ada juga ayam beku yang mereka masih boleh dapatkan.



"Mungkin mereka akan mengurangkan jumlah ayam yang mereka beli kerana kenaikan harga tetapi saya rasa ramai masih akan terus membeli ayam seperti biasa," katanya.



Sehingga kini, semua bekalan ayam segar didapatkan dari Malaysia, manakala ayam beku pula berasal dari negara lain seperti Brazil, Australia dan Denmark.



Untuk menangani keadaan ini, SFA berkata pengimport akan meningkatkan bekalan import bagi ayam segar yang didinginkan dari sumber alternatif atau meningkatkan import ayam beku dari pembekal bukan Malaysia.



"Meskipun terdapat gangguan sementara kepada bekalan ayam yang didinginkan, ayam beku adalah pilihan bagi mengimbangi kekurangan itu," ujar SFA malam kelmarin.



Presiden Persatuan Pengguna Singapura (Case), Encik Melvin Yong berkata pengumuman mengejut oleh Malaysia berkemungkinan memberi kesan buruk terhadap harga ayam dan produk berkaitan di Singapura.



"Case fahami bahawa SFA sedang memantau keadaan dengan teliti dengan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mengurangkan kesan langkah Malaysia terhadap bekalan ayam kami.



"Kami juga menggalakkan pengguna supaya hanya membeli apa yang mereka perlukan, dan tidak membeli secara berlebihan," katanya.



Suri rumah, Cik Hasnah Ismail, 63 tahun yang ke pasar dua minggu sekali untuk mendapatkan ayam, berkata pengumuman tersebut tidak memberi kesan besar terhadapnya kerana beliau juga sering membeli daging segar lain seperti daging lembu dan makanan laut.



"Apabila ke pasar, saya selalunya beli sekilo atau dua kilo ayam sahaja.



"Mungkin sekarang kami akan mula memasak hidangan yang menggunakan protein alternatif berbanding kepada menggunakan ayam segar.



"Jika perlu, saya rasa ayam beku pun mencukupi untuk masakan harian," tambah ibu kepada tiga orang anak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >