Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga COE kereta besar cecah $70,000, tertinggi sejak 2015

Sep 23, 2021 | 05:30 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup rata-ratanya lebih tinggi bagi kebanyakan kategori, dengan premium bagi kereta besar melebihi $70,000 buat kali pertama dalam lebih enam tahun.



Dalam tender terkini semalam, premium COE bagi kenderaan Kategori A, atau kereta 1,600 cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130 bhp, naik 2.1 peratus daripada $47,000 kepada $48,000.



Premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B pula naik kepada $68,310, atau 9.1 peratus lebih tinggi berbanding $62,600 dua minggu lalu.



Sementara itu, COE bagi Kategori Terbuka yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal namun biasanya digunakan bagi kereta besar, turut naik 8.2 peratus daripada $64,700 kepada $70,002.



Ini bermakna kedua-dua premium bagi kereta besar kini berada di paras tertinggi sejak Jun 2015.



COE bagi kenderaan komersial yang termasuk kenderaan muatan dan bas pula merosot 2.5 peratus daripada $40,001 dalam bidaan lalu kepada $39,000.



Premium motosikal turut merosot 6.2 peratus daripada rekod $9,689 kepada $9,089.



Selain kesan kuota yang lebih kecil, penjual kereta berkata permintaan kukuh daripada pembeli asing yang baru turut menyumbang kepada premium COE yang lebih tinggi bagi kereta lebih besar.



Ada juga yang berkata pengendali kereta sewa peribadi sedang memperbaharui kereta mereka.



Syarikat ini, yang mempunyai sekitar 40,000 kereta, mempunyai pengaruh besar pada harga COE.



Malah, ada juga yang berpendapat bahawa ini juga mungkin disebabkan usaha sesetengah penjual memenuhi sasaran jualan tahunan mereka menjelang hujung tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >