Tanya khabar, berbual dengan anak rutin harian bapa meski sibuk
Premium
Tanya khabar, berbual dengan anak rutin harian bapa meski sibuk
Jun 18, 2018 | 5:30 AM
KELUARGA DAN ANAK SENTIASA DIUTAMAKAN: Begitulah prinsip Encik Ismail Sapari (kanan), sukarelawan kemanusiaan yang juga CEO syarikat pengurusan acara, sebagai bapa lima anak berusia 13 hingga 24 tahun. Kelihatan beliau bersama keluarganya. - Foto ihsan ISMAIL SAPARI -
Bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan hidup anak. Sempena Hari Bapa, BERITA HARIAN ingin mengetengahkan beberapa pengalaman yang dikongsi dua bapa yang ingin 'hadir' dalam kehidupan anak. Ikuti laporan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg).
DEDIKASI dalam menjayakan syarikatnya serta komitmen sebagai sukarelawan kemanusiaan tidak sedikit pun menjejas keutamaan Encik Ismail Sapari iaitu keluarga dan anak-anaknya.

