SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hari Raya 2022 dianjak sehari, Aidilfitri kini pada 3 Mei, Aidiladha pada 10 Julai

Hari Raya 2022 dianjak sehari, Aidilfitri kini pada 3 Mei, Aidiladha pada 10 Julai

Tarikh Hari Raya 2022 ditukar di bawah kriteria baru: Muis
Oct 21, 2021 | 3:41 PM

Hari Raya 2022 dianjak sehari, Aidilfitri kini pada 3 Mei, Aidiladha pada 10 Julai

Persetujuan itu dicapai di kalangan negara-negara anggota selepas penemuan baru muncul dalam kajian sepanjang beberapa tahun lalu.
Persetujuan itu dicapai di kalangan negara-negara anggota selepas penemuan baru muncul dalam kajian sepanjang beberapa tahun lalu. - Foto Fail

TARIKH bagi Hari Raya tahun depan telah diubah berdasarkan kiraan astronomi atau Imkanur Rukyah dengan kriteria baru. Ini bermakna Hari Raya Puasa akan jatuh pada 3 Mei dan Hari Raya Haji akan jatuh pada 10 Julai. Kedua-dua tarikh itu sehari lebih lambat daripada tarikh yang diumumkan April lalu. Dalam kenyataannya pada Khamis (21 Okt), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata pihak berkuasa Islam tertinggi di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura telah setuju untuk menggunakan kriteria yang disemak bagi kiraan astronomi dalam menentukan kalendar Islam mulai 2022. Persetujuan itu dicapai di kalangan negara-negara anggota selepas penemuan baru muncul dalam kajian sepanjang beberapa tahun lalu. "Dengan persetujuan ini, tarikh-tarikh penting dalam kalendar Islam, seperti permulaan tahun baru Islam, bulan puasa dan haji akan disejajarkan dalam rantau ini," kata Muis.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg