Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hartawan Ong Beng Seng dikena notis tangkap oleh CPIB

CPIB mahu hartawan itu beri maklumat berhubung interaksi dengan S Iswaran
Jul 14, 2023 | 05:13 PM



Pengusaha hotel, Encik Ong Beng Seng, telah dikenakan notis tangkap oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan sedang bekerjasama dengan badan antirasuah itu untuk memberi maklumat berhubung interaksinya dengan Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.

Hotel Properties Limited (HPL) dalam satu kenyataan kepada Bursa Singapura pada 7.30 pagi Jumaat berkata tiada tuduhan telah difailkan terhadap Encik Ong, 77 tahun, yang merupakan pengasas dan pengarah urusan syarikat tersebut.

“Beliau akan berada di luar negara dari 14 Julai dan akan menyerahkan pasportnya kepada CPIB sekembalinya ke Singapura. Beliau telah diberikan notis penangkapan dan telah membayar ikat jamin $100,000,” kata kenyataan itu.

Akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao memetik gambar hartawan itu meninggalkan ibu pejabat CPIB pada Rabu selepas CPIB mengumumkan bahawa Encik Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, sedang membantu dalam siasatan kes yang dibongkarnya.


Namun, ia tidak memberi butiran mengenai jenis siasatan itu.

HPL berkata Encik Ong sedang bekerjasama dengan CPIB dan telah memberikan maklumat yang diminta.

“Memandangkan ini adalah perkara yang berterusan, beliau tidak dapat memberi butiran lanjut buat masa ini. Beliau telah mengambil langkah untuk memberi maklumat terkini kepada Lembaga Pengarah HPL sekiranya terdapat perkembangan susulan,” kata syarikat itu.

HPL menambah bahawa Encik Ong akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pengarah urusan selepas jawatankuasa pencalonan memutuskan bahawa beliau sesuai untuk berbuat demikian.

“Lembaga dan jawatankuasa pencalonan akan terus memantau perkembangan perkara itu dan jawatankuasa pencalonan akan terus menilai semula kesesuaian pelantikan berterusan Encik Ong,” ujar syarikat itu.

Encik Iswaran, 61 tahun, telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, untuk mengambil cuti ketidakhadiran sehingga siasatan selesai, kata Pejabat Perdana Menteri pada Rabu.

Beliau akan kekal di Singapura dalam tempoh ini, namun, tidak akan mempunyai akses kepada mana-mana sumber rasmi dan bangunan pemerintah.

Encik Ong dikenali sebagai orang yang membawa Formula Satu (F1) ke Singapura.

Penganjur perlumbaan GP Singapura, yang mana Encik Ong adalah pengerusinya, menanggung 40 peratus daripada kos mengadakan perlumbaan malam berharga $135 juta itu.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Lembaga Pelancongan Singapura (STB) membiayai baki 60 peratus.

Encik Iswaran telah terlibat dalam pendampingan pemerintah melibatkan F1 seawal 2008.

Kontrak untuk Singapura meneruskan penganjuran F1 selama tujuh tahun lagi telah ditandatangani pada 2022. Ini adalah pembaharuan keempat dan lanjutan paling panjang sejauh ini.

HPL memiliki Four Seasons Hotels and Resorts di Singapura, antara hartanah lain di Canada, Australia, Britain dan Amerika Syarikat. Ia juga merupakan sebahagian daripada konsortium – bersama firma pelaburan milik pemerintah Temasek – yang pada Mei 2022 membeli aset hartanah Singapore Press Holdings.


Saham HPL jatuh 5.4 peratus kepada $3.65 apabila dagangan dibuka di Bursa Singapura pada Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >