Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HDB: 6 dari 8 projek BTO di Punggol Northshore sudah siap

Penduduk boleh jangka kemudahan lain seperti hab masyarakat One Punggol, 2 stesen MRT yang dijangka beroperasi 2024
Jul 25, 2022 | 5:30 AM
AKSES LEBIH BAIK: Pusat beli-belah HDB, Northshore Plaza, yang terletak di Punggol Promenade Punggol Point Walk, merangkumi dua blok yang disambung oleh sebuah jambatan. Daerah kejiranan itu telah diiktiraf kerana menyediakan sekitaran mampan yang bermutu bagi penduduk untuk menetap, belajar, bekerja dan beriadah. - HDB
AKSES LEBIH BAIK: Pusat beli-belah HDB, Northshore Plaza, yang terletak di Punggol Promenade Punggol Point Walk, merangkumi dua blok yang disambung oleh sebuah jambatan. Daerah kejiranan itu telah diiktiraf kerana menyediakan sekitaran mampan yang bermutu bagi penduduk untuk menetap, belajar, bekerja dan beriadah. - HDB -

LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan enam daripada lapan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di Punggol Northshore District telah selesai.

Baki dua lagi dijadual siap menjelang suku ketiga tahun ini.

Sedang lebih ramai penduduk menerima kunci rumah baru mereka, Punggol Northshore akan menjadi kawasan yang lebih bertenaga.

Daerah itu telah diiktiraf kerana menyediakan sekitaran mampan yang bermutu bagi penduduk untuk menetap, belajar, bekerja dan beriadah.

Penduduk juga boleh menjangka kemudahan lain yang akan datang di Punggol seperti hab masyarakat One Punggol yang akan dibuka secara progresif tahun ini, serta Stesen MRT Punggol Digital District dan Punggol Coast, yang dijangka beroperasi pada 2024.

Northshore Plaza ialah salah satu daripada lima Pusat Kejiranan (NC) generasi baru yang disiapkan setakat ini oleh HDB di samping Oasis Terraces di Punggol; Buangkok Square dan Hougang Rivercourt di Hougang; serta Canberra Plaza di Sembawang, menurut satu kenyataan HDB semalam.

NC generasi baru ini menumpukan pada reka bentuk baik untuk membantu membina masyarakat dan meningkatkan kemudahan dan ketersambungan ke sekitaran, menyediakan ruang masyarakat yang luas serta gabungan penyewa yang dipilih khas berdasarkan keperluan penduduk.

Dalam tempoh tiga tahun akan datang, penduduk di Sengkang boleh menantikan penyiapan Kampung Anchorvale, dianggarkan siap pada penghujung 2023.

Pada masa sama, penduduk di bandar Tengah juga akan dapat menikmati kemudahan dua NC baru, dijangka siap pada suku pertama 2024 dan suku ketiga 2025.

Walaupun HDB meningkatkan bekalan flat BTO dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memenuhi permintaan perumahan awam yang sihat, HDB menyatakan ia akan terus mengambil pendekatan melangkaui ruang dalaman sesebuah flat, dan dipandu oleh pelan hala tuju bangunan pihaknya untuk mereka bentuk demi penggunaan sepanjang hayat di bandar dan estetnya.

"Ini melibatkan mengambil pendekatan berlandaskan (keperluan) penduduk dalam perancangan dan reka bentuk kami, dan menjaga kesejahteraan keseluruhan penduduk kami," katanya.

Ini termasuk penyediaan lebih banyak ruang hijau dan aktif, infrastruktur dan kemudahan sosial, serta ruang masyarakat buat penduduk beramah mesra.

Daerah Northshore Plaza dan NC generasi baru HDB yang lain menekankan pendekatan itu.

"HDB akan terus mewujudkan sekitaran hidup bermutu yang memenuhi keperluan penduduk dan menyokong pertumbuhan masyarakat yang cergas," tambah HDB lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg