Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB ganda flat sewa sementara kepada 4,000 dua tahun mendatang

Jun 12, 2023 | 03:43 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mengetepikan lebih banyak perumahan sementara untuk keluarga sedang menanti flat baru mereka, dengan menggandakan jumlah flat sewa sementara kepada 4,000 sepanjang dua tahun mendatang.

Mengumumkan langkah itu pada Isnin, Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, berkata HDB telah mencapai sasaran sebelumnya untuk meningkatkan bekalan flat di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS) daripada 800 unit pada 2021 kepada 1,800 pada 2023.

Jumlah flat sedemikian akan mencecah hampir 2,000 unit menjelang hujung tahun ini, kata beliau, sambil menambah bahawa kadar permohonan bagi skim itu telah berkurangan disebabkan bekalan lebih tinggi – daripada lebih 20 bagi setiap unit pada kira-kira tiga buat masa ini.

“Tetapi kami faham bahawa pembeli yang telah menempah flat mereka dalam dua tahun yang lalu mengalami masa menunggu lebih lama akibat Covid-19. Jadi, HDB sedang berusaha meningkatkan lagi bekalan PPHS, menggandakannya kepada 4,000 unit sepanjang dua tahun mendatang,” kata Cik Sim.

HDB juga sedang mengkaji cara memaksimumkan kumpulan flat PPHS yang ada, memandangkan permintaan yang berterusan dan bekalan terhad, kata beliau ketika berucap di Persidangan Ulang Tahun ke-35 Institut Pengajian Dasar (IPS) di Pusat Konvensyen & Expo Sands.

Ini termasuk memerlukan perkongsian flat untuk flat lebih besar, membolehkan lebih ramai pembeli rumah yang menunggu rumah baru mereka mendapat manfaat daripada kadar sewa bersubsidi.

Mereka yang layak bagi flat PPHS harus mempunyai pendapatan bulanan isi rumah $7,000 atau lebih rendah, dan mempunyai flat belum siap daripada penjualan HDB.

Bercakap sebagai anggota panel ‘meninjau semula perumahan’, Cik Sim berkata hampir 40,000 rumah awam dan privet dijangka siap pada 2023 – jumlah paling banyak dalam lima tahun lalu.

“Isi rumah yang sedang menyewa sementara menantikan rumah baru mereka siap, berkemungkinan mengosongkan unit mereka itu, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas pasaran sewa,” katanya.

Beliau menambah bahawa usaha HDB memenuhi permintaan perumahan awam – dengan meningkatkan bekalan flat dan mempercepat projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tertunda – telah mula berkuat kuasa.

Dalam pelancaran BTO pada Mei, median kadar permohonan pembeli kali pertama flat tiga bilik atau lebih besar ialah sekitar 2.3 kali ganda, iaitu hampir pada tahap pra-Covid-19 berbanding sebelum ini.

Harga jualan semula HDB juga menyaksikan peningkatan terkecil pada suku lalu dalam tempoh lebih dua tahun, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >