Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB lantik 4 kontraktor ambil alih projek flat BTO yang tertangguh

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



EMPAT kontraktor telah dilantik untuk mengambil alih tugas menyelesaikan lima projek perumahan Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tertangguh selepas syarikat binaan utama sebelum ini - Greatearth Construction dan Greatearth Corporation - menghentikan operasi ekoran masalah kewangan.



Kerja binaan akan dimulakan secara bertahap mulai awal bulan depan, menurut kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



Namun kesemua projek itu akan siap lebih lewat buat sekitar dua hingga tiga bulan lagi.



Ini bermakna hampir 3,000 pembeli rumah bagi lima projek terjejas itu - Sky Vista @ Bukit Batok, Senja Heights dan Senja Ridges di Bukit Panjang, Marsiling Grove di Woodlands dan West Coast Parkview di Clementi - kini boleh menjangka mendapatkan kunci rumah mereka antara suku pertama tahun depan dengan suku ketiga 2023.



Empat kontraktor itu ialah Teambuild Engineering and Construction, Newcon Builders, Welltech Construction dan CES Engineering Construction.



Kerja-kerja di lima projek itu sebelum ini dihentikan pada 20 Ogos lalu setelah Greatearth memberitahu HDB bahawa ia tidak dapat menyelesaikan projek tersebut meskipun setelah diberi bantuan pemerintah.



Dua projek awam juga mungkin terjejas.



Beberapa subkontraktor kini bakal menghadapi kerugian besar dalam bayaran belum dilangsaikan oleh Greatearth.



HDB semalam berkata sepanjang bulan lalu, ia telah bekerja rapat dengan Greatearth dan pembubar mereka daripada PricewaterhouseCoopers Advisory Services (PwC) untuk membawa masuk kontraktor baru secepat mungkin untuk menyelesaikan baki kerja dan mengurangkan kesan terhadap pembeli rumah.



Untuk mempercepatkan proses itu, HDB telah membantu dalam mencari beberapa kontraktor yang sesuai untuk mengambil alih projek tersebut dan bekerjasama dengan Greatearth dan PwC untuk mempermudahkan peralihan itu.



"Ini membolehkan HDB membawa masuk kontraktor baru tersebut dalam tempoh sebulan, berbanding tempoh masa tiga hingga empat bulan yang biasanya diperlukan untuk membuka tender baru bagi kontraktor baru menggantikan baki kerja-kerja," ujar kenyataan HDB.



Dengan cara ini, tahap kelewatan bagi pembeli flat telah dikurangkan, kata HDB.



Namun, lima projek itu tetap akan lewat buat lagi dua hingga tiga bulan disebabkan masa yang diperlukan untuk membawa masuk kontraktor pengganti, dan bagi mereka mengumpulkan sumber untuk mengambil alih dan menyelesaikan projek, katanya.



Greatearth Construction berhutang sekurang-kurangnya $70 juta kepada beberapa ratus pemiutang ketika ia gulung tikar pada 27 September kerana tidak mampu untuk meneruskan perniagaan disebabkan liabilitinya.



Bagaimanapun, angka hutang $70 juta itu tidak termasuk liabiliti yang dijangkakan daripada projek yang tidak dapat diselesaikan Greatearth, yang termasuk dua projek awam serta lima projek BTO merangkumi 2,982 unit secara keseluruhan.



Greatearth Corporation juga gulung tikar pada 27 September manakala Greatearth Holding, Greatearth Private Ltd dan Universal EC Investments tutup kedai pada 28 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >