Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB menang 2 anugerah teratas bagi penggunaan tanah cemerlang

HDB
Aug 20, 2021 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) memenangi dua daripada sembilan anugerah teratas yang diberikan badan tidak mencari keuntungan Urban Land Institute bagi penggunaan tanah yang cemerlang.



Dua projek HDB - Kampung Admiralty dan bandar Punggol - menerima anugerah tertinggi institut itu, iaitu Anugerah Global bagi Kecemerlangan, bagi 2021.



Institut itu menggalakkan amalan terbaik hartanah dan penggunaan tanah di seluruh dunia.



HDB berkata semalam anugerah itu mengiktiraf kecemerlangan dalam inovasi, yang mempunyai kesan bermakna kepada masyarakat dan boleh dibuat replika di peringkat sejagat.



Kata-kata pujian bagi Kampung Admiralty menyebut bahawa ia menyediakan perumahan untuk warga emas, penjagaan perubatan, kedai runcit dan kemudahan makanan dan minuman bersepadu dalam tapak padat seluas 0.9 hektar, yang dapat menghasilkan apartmen boleh dimampui sambil menggabungkan kesesuaiannya sebagai tempat kediaman dan ruang terbuka yang boleh dilalui.



Bandar Punggol dipuji kerana, antara lain, menggunakan teknologi pemodelan persekitaran bandar untuk melihat bagaimana faktor persekitaran seperti cahaya matahari, kelembapan dan angin, menjejas reka bentuknya.



Pada awal tahun ini, kedua-dua projek itu memenangi Anugerah Kecemerlangan Asia Pasifik institut itu, yang sekali gus melayakkannya mendapat anugerah global.



Projek pemenang dipilih daripada 45 finalis di seluruh dunia oleh juri antarabangsa terdiri daripada pemaju hartanah, arkitek dan pereka bandar, termasuk Cik Fun Siew Leng, ketua pereka bandar di Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



HDB sebelum ini memenangi anugerah global bagi kecemerlangan pada 2011 dari institut itu, yang mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Britain dan Hong Kong, bagi Pinnacle@Duxton.



Ketua Eksekutif HDB Tan Meng Dui berkata, memenangi anugerah global bagi dua projek kali ini selepas 10 tahun merupakan bonus istimewa.



Dalam satu catatan Facebook, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee mengucapkan tahniah kepada HDB atas kemenangannya dan berkata kedua-dua projek itu telah menjadi contoh pengajaran bagi pembangunan masa depan.



"Kejayaan Kampung Admiralty telah memberikan kami keyakinan untuk membuat replika bagi jenis perumahan ini di bandar lain, seperti Pembangunan Bersepadu Yew Tee yang akan datang," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >