Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Hidup terhubung' beri erti besar buat pesara

Siri ini merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan 2023 bagi Penuaan Berjaya
Feb 26, 2023 | 05:30 AM



KALAU semasa zaman mudanya tumpuan Encik Morni Sulaiman adalah kepada usaha mengumpul ilmu dan pengetahuan menerusi pendidikan, semasa bekerja, beliau mengalihkan tumpuan kepada usaha mengumpul simpanan dan harta pula.



Apabila bersara, beliau memberi tumpuan pula kepada penjagaan kesihatan selain mencurah bakti kepada agama dan masyarakat.



Hasilnya, kini Encik Morni, 79 tahun, mampu meneruskan kehidupan dengan selesa sambil menabur bakti menerusi kerja kemasyarakatan dengan menjadi sukarelawan di RSVP Singapore Pertubuhan Sukarelawan Warga Senja, sejak 2011.



Hidupnya 'terhubung' dengan baik.



PEMBIMBING GOLONGAN SEUSIA DAN KANAK-KANAK



Bapa dua anak lelaki yang sudah bergelar datuk itu kini aktif menjadi pendamping dan pembimbing bukan sahaja kepada golongan yang seusia dengannya, malah kepada kanak-kanak peringkat sekolah rendah.



Bagi warga senja, Encik Morni yang berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat, membimbing golongan tersebut dalam penggunaan komputer dan menjadi penterjemah dalam Bahasa Melayu semasa bengkel-bengkel masyarakat berlangsung.



Beliau membimbing kanak-kanak dari sudut kegiatan yang menerapkan kemahiran kehidupan yang bantu mengawal emosi.



"Saya lihat kehidupan ini berperingkat-peringkat. Semasa muda sehingga remaja, saya sibuk kumpul ilmu dan pengetahuan dari sudut pendidikan sebagai persiapan apabila melangkah ke alam pekerjaan.



"Semasa kerja pula, saya sibuk kumpul wang dan harta untuk kegunaan kami sekeluarga dan untuk simpanan hari tua.



"Kini selepas bersara, saya terus terhubung dengan masyarakat dengan mengalihkan pengetahuan dan tenaga yang ada untuk dikongsi dengan semua,'' ujar pegawai bank yang sudah bersara itu.



Penglibatan Encik Morni dalam bidang kemasyarakatan bukan baru.



Sejak di bangku sekolah menengah, beliau telah menyertai beberapa pertubuhan Melayu/Islam setempat dalam kegiatan untuk belia.



"Kini saya dapat terapkan pengalaman masa lalu itu untuk dimanfaatkan kanak-kanak dan warga senja.



"Contohnya, sebagai sukarelawan warga senja dan mentor kepada para pelajar berisiko di sekolah rendah di bawah Program Permentoran Singapura RSVP, saya cuba bimbing kanak-kanak yang mungkin ada masalah keluarga seperti kurang tumpuan ibu bapa, dengan menerapkan kata-kata berunsur nasihat menerusi kegiatan yang dijalankan.



BERI KEINSAFAN, RASA BERNASIB BAIK



"Bagi warga senja, seperti contoh, saya bimbing mereka tentang cara gunakan peralatan IT dan aplikasi seperti menghantar e-mel, selain menterjemahkan kursus dan bengkel untuk warga senja.



"Apabila difikirkan, semua ini memberi keinsafan buat diri saya. Sebabnya, saya bernasib baik mendapat pendidikan dan kemudian pekerjaan yang baik dan dapat manfaatkan ilmu yang saya timba semasa bekerja untuk kegunaan sehingga ke hari tua," katanya.



Selain menaiki pengangkutan awam seperti bas dan MRT, Encik Morni juga banyak berjalan ke mana sahaja pada masa ini.



Ini, baginya, memberinya kekuatan dari segi fizikal.



Meskipun menghidap penyakit seperti barah limfoma tahap satu pada 2013, dan kini kencing manis selain tekanan darah tinggi, itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan yang dapat memberi manfaat kepada dirinya serta mereka yang di sekelilingnya.



"Yang penting bersikap positif dan yakin dengan apa yang ingin dilakukan. Seperti yang saya katakan, tumpuan kita perlu jelas mengikut peringkat usia kita.



"Bagi saya, dengan visi kehidupan masa kini, saya dapat beri tumpuan kepada kegiatan harian saya dan berhubung terus dengan masyarakat," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >