Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Hospital pertama di Woodlands dibuka secara bertahap mulai hujung tahun depan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hospital pertama di Woodlands dibuka secara bertahap mulai hujung tahun depan

May 17, 2022 | 05:30 AM

KEMUDAHAN hospital pertama di Woodlands - Kampus Kesihatan Woodlands (WHC) - akan mula dibuka secara bertahap menjelang akhir tahun depan.

Pembukaan akan bermula dengan klinik-klinik pakar bagi pesakit luar khas yang bukan kecemasan.

Baki bahagian lain hospital termasuk jabatan kecemasan dan wad-wad serta khidmat bagi pesakit akan dibuka secara bertahap mulai Mei 2024.

Apabila siap kelak, WHC menyasarkan untuk memberi para pesakit dan pemberi jagaan lebih banyak pilihan berkaitan perjalanan jagaan mereka.

Majlis pecah tanah WHC yang terletak di Woodlands Drive 17, telah diadakan pada 2017.

"WHC akan menawarkan pilihan layan diri seperti aplikasi mudah alih dan stesen khidmat pesakit layan diri.

"Transaksi yang akan disediakan secara bertahap termasuk temu janji dan pengurusan itinerari, kaunseling kewangan asas, pengesahan bekalan perubatan yang asas dan pembayaran.

"Bagi pesakit yang bakal dimasukkan ke wad WHC kelak, sebahagian besar mereka akan menikmati akses Terminal Tepi Katil Pesakit (PBT) secara individu.

"PBT juga membenarkan pesakit menempah sajian pilihan mereka (mengikut keperluan diet masing-masing, sekiranya ada).

"Ia juga akan membenarkan mereka menonton bahan-bahan pendidikan berkaitan keadaan mereka serta keputusan ujian mereka," kata Ketua Pegawai Operasi Woodlands Health (WH), Dr Wong Kirk Chuan, dalam jawapannya kepada Berita Harian (BH).

Sebelum ini pada 5 Oktober 2020, Menteri Kesihatan pada ketika itu, Encik Gan Kim Yong, menyatakan dalam respons bertulis di Parlimen bahawa tarikh tamat pembangunan WHC bersama beberapa kemudahan jagaan kesihatan awam yang lain akan ditangguhkan.

Apabila mula beroperasi sepenuhnya, ia akan menawarkan jagaan kepada para penduduk di kawasan barat laut Singapura.

Ini termasuk para penduduk di kawasan Sembawang, Admiralty dan Woodlands.

Menurut Dr Wong, persediaan WHC dalam menghadapi pandemik termasuk perancangan ke atas sumber-sumber prasarana dan tenaga manusianya, serta latihan bagi kakitangan hospital agar bersedia memberi respons kepada isu nasional dan setempat.

Menjawab pertanyaan wartawan tentang bagaimana Covid-19 telah mengubah cara WHC dirancang, Dr Wong berkata:

"Belajar daripada hospital lain tentang pengalaman Covid-19 mereka, kemudian perbaiki rekaan untuk memberi respons lebih baik kepada keperluan. Ini agar kampus ini dapat berdaya tahan terhadap penularan pada masa depan.

"Semakan semula yang menyeluruh di kesemua zon-zon awam, bahagian kerja dan kemudahan jagaan pesakit juga dilakukan.

"Begitu juga aspek-aspek semakan semula rekaan utama termasuk aliran dan ventilasi udara, bahan yang digunakan dan hasil buatannya.

"Kami juga menilai penggunaan pemintasan teknologi dan langkah operasi agar lebih bersedia untuk masa hadapan," tambahnya. - FARID HAMZAH

LAPORAN SELANJUTNYA: WHC tawar jagaan bersepadu, pesakit bergerak lancar dapatkan kemudahan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3