Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA beri amaran tentang 4 krim kulit

Jul 01, 2019 | 02:05 PM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) mengeluarkan amaran tentang empat krim kulit yang didapati mengandungi bahan kuat yang tidak diisytiharkan hari ini (Isnin, 1 Jul).



HSA berkata seorang bayi yang berusia kurang setahun menghidap sindrom Cushing setelah menggunakan krim tidak berlabel yang telah didapati dari pengubat tradisional di Malaysia untuk merawat ruam lampin.



Tiga lagi krim digunakan pengguna untuk merawat ekzema.



Dalam kenyataan yang dikeluarkan, HSA berkata krim ekzema itu ialah D'Splendid Kidzema Cream, Clair De Lune P. Tuberose Day Cream dan Clair De Lune S. Involcurata Night Cream.



Mereka yang menggunakan keempat-empat krim itu mengalami penyembuhan cepat kondisi mereka tetapi mendapati ia bertambah teruk setelah berhenti menggunakannya, menurut laporan The Straits Times.



HSA menguji krim itu dan mendapati kesemuanya mengandungi bahan perubatan kuat termasuk steroids, antibiotik dan antikulat.



Krim tidak berlabel yang digunakan bayi itu didapati mengandungi betamethasone (steroid yang kuat) dan clotrimazole (ubat antikulat).



Bayi perempuan itu menghidap sindrom Cushing akibat steroid berkenaan dan mempunyai gejala seperti mempunyai "muka bulan" dan - akibat pengumpulan lemak - "bonggol kerbau" di belakang, pertumbuhan rambut berlebihan di bahagian badan dan kulit yang menipis.



Steroid itu juga mengakibatkan  jangkitan berulang kerana ia menindas sistem imuninya dan menyebabkan pertumbuhan perkembangan yang lemah.



Bayi itu telah dimasukkan ke hospital tetapi sudah pun dibenarkan pulang, namun masih menerima rawatan pesakit luar.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >