Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HSA, laman e-dagang kerja rapat pantau jualan e-rokok dalam talian

Sep 28, 2022 | 5:30 AM
PERHIMPUNAN BINTANG LEGENDA: Acara pertemuan Sanisah Huri (tengah) bersama peminat di Anggun On Stevens turut menyatukan ramai artis legenda seperti J. Mizan (kanan) yang mendapat tepukan gemuruh kerana masih mengekalkan suara merdunya. Bersama mereka adalah pengacara Noreha Bajuri. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
PERHIMPUNAN BINTANG LEGENDA: Acara pertemuan Sanisah Huri (tengah) bersama peminat di Anggun On Stevens turut menyatukan ramai artis legenda seperti J. Mizan (kanan) yang mendapat tepukan gemuruh kerana masih mengekalkan suara merdunya. Bersama mereka adalah pengacara Noreha Bajuri. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

Sementara itu, antara 2018 dengan Ogos lalu, seramai 428 orang telah ditangkap kerana menjual e-rokok.

Seramai 91 orang telah didakwa dalam tempoh yang sama, tambah HSA.

Di bawah Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan), sesiapa yang didapati menjual, menawarkan untuk menjual, memiliki untuk menjual, mengimport atau mengedar e-rokok boleh didenda tidak melebihi $10,000 atau dipenjara sehingga enam bulan atau kededuanya sekali bagi kesalahan pertama.

Mereka juga boleh didenda tidak melebihi $20,000 atau dipenjara sehingga 12 bulan atau kededuanya sekali bagi kesalahan kedua dan selanjutnya.

Larangan ke atas pemilikan, penggunaan dan pembelian e-rokok mula berkuat kuasa pada 1 Februari 2018.

Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $2,000.

HSA mengambil serius ke atas penjualan dan pemilikan e-rokok.

HSA bekerja rapat dengan agensi rakan untuk menghentikan penyaluran e-rokok yang diseludup menerusi pusat pemeriksaan dan menerusi tempahan yang dibuat secara dalam talian.

HSA juga mengadakan pemantauan aktif secara dalam talian dan mendakwa mereka membeli atau menjual produk sedemikian secara dalam talian, serta mereka yang didapati menggunakan atau memiliki e-rokok.

HSA memantau laman runcit dalam talian setempat, platform media sosial dan aplikasi mesej bagi sebarang percubaan yang disyaki menjaja produk larangan sedemikian dan cecair isi semula serta kartrij.

"Kami bekerjasama dengan laman e-dagang yang berkaitan untuk menutup dengan segera penyenaraian sedemikian apabila dikesan.

"Bagi menambah nilai kepada operasi penguatkuasaan kami, HSA juga telah berkolaborasi dengan platform dalam talian seperti Instagram, Facebook, Carousell, dan lain-lain lagi untuk menurunkan catatan haram produk berkaitan tembakau.

"Pada tahun lalu, lebih daripada 6,800 catatan telah diturunkan," kata HSA.

Dalam kenyataan tersebut, HSA juga mengingatkan orang ramai agar tidak membeli atau membawa masuk produk tembakau terlarang seperti e-rokok ke negara ini.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat tentang pemilikan, penggunaan, pembelian, mengimport, pengedaran, penjualan atau tawaran untuk menjual produk tembakau terlarang boleh menghantar laporan menggunakan borang dalam talian di www.go.gov.sg/reporttobaccooffences.

Mereka juga boleh menghubungi cawangan peraturan tembakau HSA du 6684 2036 atau 6684 2037 semasa waktu pejabat (9 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat).

TAHUN DAN JUMLAH YANG DITANGKAP

Februari - Disember 2018: 68

2019: 811

2020: 1,266

2021: 4,697

Januari - Ogos 2022: 3,912

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg