Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HSA lulus simpanan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech ikut suhu peti ais

May 26, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) telah membolehkan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech disimpan pada suhu peti ais antara 2 dengan 8 darjah Celsius sehingga sebulan.



Ini berikutan keputusan serupa yang dilakukan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat minggu lalu dan akan membantu usaha pemvaksinan seluruh Singapura.



Vaksin tersebut diluluskan pada Disember tahun lalu dengan syarat penyimpanan yang ketat.



Ini termasuk penyimpanan jangka panjang pada suhu -70 darjah Celsius, dengan penyimpanan sementara pada suhu peti sejuk dibenarkan sehingga lima hari.



Pada Februari, HSA menambah bahawa vaksin tersebut juga boleh disimpan pada suhu pembeku standard iaitu -20 darjah Celsius sehingga dua minggu.



Keputusan terbarunya untuk mengubah syarat penyimpanan vaksin itu berikutan tinjauan menyeluruh terhadap data aplikasi dan tambahan yang diberikan Pfizer, kata HSA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Vaksin yang dicairkan dan tidak dicampur tetap stabil apabila disimpan pada suhu peti sejuk selama 31 hari, tambahnya.



"Ini akan memudahkan pengangkutan dan pengedaran setempat vaksin itu kepada pusat pemvaksinan serta penyimpanan dan penggunaannya di pusat-pusat tersebut, yang penting dalam memastikan kemajuan program vaksinasi kami yang stabil dan melindungi lebih banyak warga Singapura," kata HSA.



"Para penilai HSA akan terus melakukan penilaian ketat dan cekap terhadap data sains dan dunia nyata yang berkembang, untuk memudahkan Singapura terus mendapat vaksin dan ubat-ubatan Covid-19 yang kritikal dan menyokong usaha negara kita melawan pandemik Covid-19," kata Ketua Pegawai Eksekutif HSA, Dr Mimi Choong May Ling.



Karton-karton vaksin biasanya dibungkus dengan ais kering dalam bekas thermal khas.



Botol vaksin kemudian akan disimpan dalam peti sejuk beku dengan suhu yang sangat rendah.



Vaksin itu kemudian akan dicairkan dan dicampurkan sebelum disuntik ke lengan seseorang.



Mana-mana dos yang dicampurkan mesti dibuang setelah enam jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >