Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan PAP-CCP bawa manfaat besar kepada rakyat S'pura, China: PM Lee

CCP
Jul 01, 2021 | 05:30 AM



HUBUNGAN semakin meningkat antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Parti Komunis China (CCP) mengikuti perkembangan pembangunan kedua-dua negara dan memberi banyak manfaat kepada rakyat masing-masing, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Dalam sepucuk surat bertarikh hari ini kepada Presiden China, Encik Xi Jinping, yang juga dan setiausaha agung CCP, Encik Lee, dalam jawatannya sebagai setiausaha agung PAP, berkata dua parti itu berkongsi hubungan baik dan rapat, disokong oleh pertukaran yang kerap.



CCP menyambut ulang tahun penubuhannya ke-100 hari ini.



Berlatarbelakangkan dunia mengalami perubahan luar biasa dan pesat sepanjang abad lalu, CCP mendorong China mengatasi banyak cabaran dalam dan luar negara, dan memacu negara itu ke arah keamanan dan kesejahteraan, kata Encik Lee.



"China telah mencapai kemajuan penting dalam pembangunannya, meningkatkan taraf hidup bagi sejumlah orang yang begitu ramai, yang belum pernah terjadi sebelum ini.



"Pada tahun-tahun kebelakangan dan di bawah kepimpinan anda, China berjaya menghapuskan kefakiran serta mencapai tahap masyarakat yang cukup sejahtera," tulis Encik Lee kepada Encik Xi.



Beliau menambah bahawa matlamat yang digariskan di bawah Rancangan Lima Tahun CCP ke-14 akan membawa China satu langkah lebih dekat lagi kepada visinya menjadi ekonomi sosialis moden.



Rancangan itu merupakan rangka tindakan dari 2021 hingga 2025 yang memberi tumpuan pada matlamat pembangunan mampan bermutu tinggi dalam teknologi dan perubahan iklim, antara lainnya.



Apabila Encik Xi mula berkuasa pada 2012, beliau menjelaskan visi besarnya bagi China untuk menjadi "negara sosialis moden hebat" menjelang 2049, iaitu genap 100 tahun CCP berkuasa di China.



"China yang stabil, makmur dan berjaya yang disepadukan dengan baik ke dalam sistem antarabangsa bukan menguntungkan China sahaja, malah seluruh Asia dan dunia.



"Saya yakin bahawa hubungan dua hala kita akan terus bertambah kukuh pada tahun-tahun mendatang," tambah Encik Lee.



Hubungan PAP dengan CCP bermula pada 1992, dua tahun selepas Singapura dan China menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi.



Seorang jurucakap PAP memberitahu akhbar The Straits Times bahawa parti itu telah mengadakan kunjungan dan taklimat bagi delegasi daripada CCP, serta telah menghadiri satu dialog serantau yang dianjurkan oleh CCP dan sayap Liga Pemuda Komunisnya.




China telah mencapai kemajuan penting dalam pembangunannya, meningkatkan taraf hidup bagi sejumlah orang yang begitu ramai, yang belum pernah terjadi sebelum ini... China yang stabil, makmur dan berjaya yang disepadukan dengan baik ke dalam sistem antarabangsa bukan menguntungkan China sahaja, malah seluruh Asia dan dunia. Saya yakin bahawa hubungan dua hala kita akan terus bertambah kukuh pada tahun-tahun mendatang."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >